Zafrul perlu berusaha dapat sokongan jika mahu jadi calon PRU15 – Ahmad Maslan

Zafrul perlu berusaha dapat sokongan jika mahu jadi calon PRU15 – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, Tengku Zafrul Aziz perlu berusaha mendapatkan sokongan positif akar umbi, jika menteri kewangan itu mahu menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahmad mengakui Tengku Zafrul mampu menyumbang kemenangan kepada BN dalam PRU15, tetapi beliau juga perlu memiliki ciri-ciri “wali” yang ditetapkan parti untuk menjadi calon.



Katanya, “wali” merujuk kepada ciri-ciri boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) selain berkaliber serta berkemampuan.

“Ya, kita tidak nafilah. Mereka yang ada kebolehan dan ada aset dan mereka yang ada jawatan juga adalah aset. Kalau kita nak lihat menteri kewangan (Tengku Zafrul), kita juga ada bekas menteri kewangan. Johari Abdul Ghani misalnya, jadi itu sebab saya sebut aset lama, aset baharu, aset Umno ni ada ramai dan tidak ada satu aset pun yang telah diumum dapat calon di mana, bukan?

“Cuma dia kena berusaha. Saya dapat laporan yang dia nak pergi Kuala Selangor. Betulkah orang Kuala Selangor, AJK bahagian Kuala Selangor menerima? Kalau dia nak jadi ‘wali’, dia kena berusaha, dan keputusan akhir itu tentulah akan dimuktamadkan kemudian oleh pucuk pimpinan tertinggi,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Tengku Zafrul dilapor kerap melawat Kuala Selangor dan langkah Kementerian Kewangan menjadikan kawasan itu sebagai “daerah angkat” bagi membantunya membangun adalah petanda beliau akan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15.



Namun pada 8 Jun lalu Tengku Zafrul dilaporkan berkata, beliau tidak memikirkan isu politik, termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor kerana tumpuannya sekarang adalah usaha pemulihan ekonomi negara.

‘Poster boy’ Selangor

Ahmad berkata, terdapat tiga proses dalam BN untuk menjadi calon pilihan raya, iaitu di peringkat bahagian, negeri dan pusat.

“Jika tiga-tiga proses itu dipersetujui berhubung satu-satu calon ataupun majoriti daripada tiga proses itu ataupun proses yang utama pucuk pimpinan bersetuju terhadap seseorang calon, maka barulah jadi. Bagaimanapun peringkat pusat mempunyai kuasa untuk menentukan.”



Beliau mengulas cadangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos supaya Tengku Zafrul menjadi calon menteri besar Selangor atau “poster boy” BN Selangor pada PRU15.

“Kenyataan dia (Jamal) itu tidak salah. Tetapi sama ada ia boleh berlaku atau tidak, tiga proses yang saya sebut tadi itu perlu dilalui oleh sesiapa pun, sama ada dia nak jadi ‘poster boy’, dia nak jadi calon, sehingga ada satu keputusan muktamad dan ada pengumuman daripada pucuk pimpinan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, Umno akan mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pada 24 Jun ini, yang antara lain mungkin akan membincangkan status kerjasama Muafakat Nasional (MN). FMT

Zafrul perlu berusaha dapat sokongan jika mahu jadi calon PRU15 – Ahmad Maslan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker