Majlis Peguam Cuba Alihkan Isu Rasuah Hakim Kepada Kebebasan Kehakiman

Oleh Nurul Aisyah

SEJAK dahulu lagi Majlis Peguam Malaysia dilihat membawa agenda “tidak jujur” pihak tertentu. Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14(PRU-14) mereka membawa suara Pakatan Harapan(PH). Kini mereka dilihat membawa agenda Mahathir yang dikatakan menguasai sistem perundangan negara.

Bukan sesuatu yang pelik apabila seorang hakim itu disiasat atas dakwaan salahlaku rasuah memandangkan perkara itu berlaku dimana-mana sahaja.



Namun siasatan keatas jenayah yang dikatakan dilakukan oleh Hakim Nazlan bakal mengagalkan agenda besar Mahathir. Ketika ini Majlis Peguam bersuara untuk menghalang Nazlan daripada disiasat dan dibicarakan.

Tanda tanya mula timbul adakah Majlis Peguam sekadar mahu agenda Mahathir berjaya dilaksanakan atau adakah apabila Nazlan disiasat dan dibicarakan maka hakim-hakim lain yang korup akan turut dibicarakan dan disiasat atas salahlaku yang berleluasa terjadi dalam sistem kehakiman negara?



Semalam bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan menggesa rakan-rakan sejawatannya untuk bangkit bersama. Kata Ambiga, setiap kali Badan Peguam turun ke jalan raya sebelum ini, ia adalah tindakan yang betul untuk diambil sedangkan kita tahu bahawa mereka sentiasa membawa agenda “tidak baik” pihak tertentu.

Badan Peguam Malaysia mengadakan Walk for Judicial Independence yang dijadual berlangsung pada jam 10 pagi ini.

Ia dirancang bermula dari Padang Merbok di Kuala Lumpur dan berakhir di luar kompleks parlimen.



Rancangan untuk mengadakan bantahan itu diluluskan melalui resolusi diluluskan oleh lebih 600 ahli Badan Peguam yang menghadiri mesyuarat agung luar biasa mereka pada Mei lalu.

Ini adalah sebagai tindak balas kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mempunyai bukti-bukti salahlaku jenayah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker