Korea Utara tuduh Amerika Syarikat cuba gugat kestabilan Semenanjung Korea

Imej menunjukkan latihan ketenteraan Rimpac yang dijalankan pada 1 Ogos 2018 di Lautan Pasifik. – AFP

PYONGYANG – Korea Utara menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya berikutan pengumuman latihan ketenteraan besar-besaran yang akan berlangsung di Lautan Pasifik dekat  Hawaii dan California Selatan, lapor akhbar The Sun.

Latihan Rim of The Pacific (Rimpac) itu akan diadakan dari 29 Jun hingga 4 Ogos ini. Ia  melibatkan 26 negara bersama  38 kapal perang, empat kapal selam, sembilan pasukan tentera darat di samping lebih 170 pesawat dan 25,000 askar.

Korea Selatan dan Jepun turut dilaporkan akan menyertai operasi tersebut yang digelar sebagai latihan maritim antarabangsa terbesar dunia oleh Tentera Laut AS.

Ekoran pengumuman tersebut, Pyongyang menyelar Rimpac dan mendakwa bahawa Barat cuba menggugat kestabilan di Semenanjung Korea serta meningkatkan risiko konflik ketenteraan.

Menurut penyelidik dari Institut Perlucutan Senjata dan Keamanan, Ri Myong-hak, strategi agresif Indo-Pasifik yang diketuai AS menyebabkan  rantau itu terdedah kepada bahaya berterusan  konflik ketenteraan.

“Ini akan mencetuskan kesan impak negatif  terhadap  Semenanjung Korea,” katanya.

Tambah Myong-hak, AS melancarkan ‘latihan perang’ di Lautan Pasifik dan telah melaksanakan lebih 10 tindakan serupa  tahun ini.

“Dunia perlu membuka mata dan melihat siapakah  dalang sebenar dalam memusnahkan keamanan dan perlu berwaspada terhadap tindakan-tindakan ketenteraan AS,” ujarnya.

Rimpac yang masuk kali ke-28 mula dilaksanakan sejak 1971. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker