Korea Utara tuduh Amerika Syarikat cuba gugat kestabilan Semenanjung Korea
PYONGYANG – Korea Utara menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya berikutan pengumuman latihan ketenteraan besar-besaran yang akan berlangsung di Lautan Pasifik dekat Hawaii dan California Selatan, lapor akhbar The Sun.
Latihan Rim of The Pacific (Rimpac) itu akan diadakan dari 29 Jun hingga 4 Ogos ini. Ia melibatkan 26 negara bersama 38 kapal perang, empat kapal selam, sembilan pasukan tentera darat di samping lebih 170 pesawat dan 25,000 askar.
Korea Selatan dan Jepun turut dilaporkan akan menyertai operasi tersebut yang digelar sebagai latihan maritim antarabangsa terbesar dunia oleh Tentera Laut AS.
Ekoran pengumuman tersebut, Pyongyang menyelar Rimpac dan mendakwa bahawa Barat cuba menggugat kestabilan di Semenanjung Korea serta meningkatkan risiko konflik ketenteraan.
Menurut penyelidik dari Institut Perlucutan Senjata dan Keamanan, Ri Myong-hak, strategi agresif Indo-Pasifik yang diketuai AS menyebabkan rantau itu terdedah kepada bahaya berterusan konflik ketenteraan.
“Ini akan mencetuskan kesan impak negatif terhadap Semenanjung Korea,” katanya.
Tambah Myong-hak, AS melancarkan ‘latihan perang’ di Lautan Pasifik dan telah melaksanakan lebih 10 tindakan serupa tahun ini.
“Dunia perlu membuka mata dan melihat siapakah dalang sebenar dalam memusnahkan keamanan dan perlu berwaspada terhadap tindakan-tindakan ketenteraan AS,” ujarnya.
Rimpac yang masuk kali ke-28 mula dilaksanakan sejak 1971. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa Najib dapat naik MRT dulu?
- Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka
- Berita gembira! PM umum tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
- Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi
- Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen
- Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
- Ranking daya saing turun bukan salah PM, Najib beritahu Guan Eng
- Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
- Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal
- 7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM
- Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail
- Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
- Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai
Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
You must be logged in to post a comment.