Nak viral sekalipun, tolong patuh syariah – Ustaz Zawawi



Nak viral sekalipun, tolong patuh syariah – Ustaz Zawawi

Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh memberi peringatan bahawa meraih perhatian khalayak pada zaman media sosial perlulah patut syariah.

Kata Zawawi, golongan wanita terutamanya perlu cakna bahawa menjaga aurat bukan sekadar menutup rambut atau kepala semata-mata.

“Nak raih perhatian, kita kena cari dengan cara syariah juga. Maksudnya, bayangkan anggota badan perempuan ini sebenarnya bukan tutup aurat dan rambut sahaja. Rambut itu kecil tapi ada lagi yang besar; tutup badan, perangai dan akhlak.

“Masalah orang perempuan, mereka ada bahagian badan tertentu yang boleh menyebabkan haram itu berbeza. Tunjuk rambut, haram juga tapi bila tunjuk dada, haramnya lagi. Apatah lagi kalau main tepuk-tepuk punggung untuk tujuan tak elok, konon nak viral.




“Lepas itu respons orang kita pun. Orang kita ini suka benda-benda peliklah. Orang cakap, buat benda pelik, anda akan terkenal,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pengarah urusan Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd. itu, benda pelik terbahagi kepada dua iaitu yang betul dan tidak betul.

“Pelik yang betul, panjat bukit. Itu pelik. Yang pelik tak betul, panjat tempat yang tak patut duduk dan kemudian tangkap selfie boleh sebabkan kematian di situ.

“Orang Arab kata, kamu kencing atas air zam zam, kamu akan dikenali. Jadi, orang kenal kita kencing atas air zam zam bukan sebab dan perjuangannya betul tapi disebabkan kebodohan.

“Ada ketika, kita buat benda pelik tapi kita tunjukkan kebodohan kita. Dalam syariah, kalau boleh orang-orang perempuan, benda yang pelik-pelik melibatkan halal dan haram, saya pun tak tengok cara macam mana cara individu terbabit ketuk atau tumbuk punggung.




“Beginilah, misalnya juga, sidai pakaian dalam rumah contohnya di tepi pintu rumah tapi tuannya tiada. Tunjuk baju dalam atau seluar dalam. Itu pun satu perihal yang tidak elok juga.

“Jadi, saya sarankan kalau nak viral sekalipun tolonglah patuh syariah,” ujarnya yang ditemui usai sidang media Kempen Haji TV AlHijrah di ibu negara sebentar tadi.

Zawawi ditanya berhubung kontroversi melibatkan empat figura wanita popular tanah air yang tergamak menepuk punggung untuk tatapan khalayak warganet demi tujuan promosi satu acara. K Online

Nak viral sekalipun, tolong patuh syariah – Ustaz Zawawi


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Leave a Reply

Your email address will not be published.