Pakej ibadah korban palsu
Pakej ibadah korban palsu
Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata, orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.
“Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.
Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.
“Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti ini,” katanya.
Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz Hamidun berkata, sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.
“Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.
“Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berkata, pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar.
“Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri,” katanya. MG
Pakej ibadah korban palsu
Baca Artikel Menarik:
- Bedah bariatrik ada syarat elak risiko mati
- Tindakan Pas yang tidak menepati janji punca Muafakat Nasional sampai ‘surah akhir’
- Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad
- Imam didakwa bogel depan budak perempuan, simpan video lucah
- Filem animasi ‘Lightyear’ berunsur LGBT, petisyen haram filem ini dilancar
- Rachel Lee Dulu Pernah Digelar Simbol Seks Tahun 90-an, Kini Wajahnya Mengejutkan
- Ejai Aziz derita anu panas akibat disihir
- Azmin rapat dengan saya – Muhyiddin
- Sanusi Perlu Minta Maaf Pada UMNO, BN
- Tiada ‘lampu hijau’ dari PM buat Muhyiddin ‘jem’
- Anzalna berhabis demi gaya, tolak jenama tiruan
- Fiza Halim sangkal dakwaan tawar khidmat seks
- Licik permainan politik Bersatu – Razlan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cik Non Viral meninggal dunia (video)
You must be logged in to post a comment.