PAS jangan mimpi bentuk khemah besar – Guan Eng
PAS jangan mimpi bentuk khemah besar – Guan Eng
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan khemah besar hanya untuk parti pembangkang dan pihaknya tidak pernah berbincang dengan PAS atau Bersatu berhubung perkara itu.
“PAS jangan nak berangan mahu membentuk khemah besar dengan kita (DAP). Kita sendiri pun tidak pernah berhubung dengan mereka untuk pelawa membentuk khemah besar.
“DAP sendiri tidak setuju untuk membentuk khemah besar dengan golongan pengkhianat tebuk atap,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Istilah “khemah besar” digunakan untuk menggambarkan keutamaan Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dalam menyatukan semua parti pembangkang untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Jumaat lalu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, parti itu tahu mengenai agenda Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di bawah pendekatan khemah besar pada PRU15.
Tetapi, katanya, PAS menolak pendekatan itu kerana enggan bekerjasama dengan DAP.
Lim mempersoalkan bagaimana kenyataan itu tiba-tiba muncul kerana pihaknya tidak pernah berbincang dengan PAS.
“Dia (Hadi) bincang dengan siapa? Amanah? Tidak mungkin sebab mereka berdua memang tidak boleh berunding. Dengan DAP? Pun tidak mungkin. Atau bersama PKR? Siapa orangnya? Saya rasa juga tidak ada.
“Kita ini ada prinsip, kalau nak kerjasama pun bukan dengan pengkhianat sebab khemah besar ini hanya untuk pembangkang. PAS dan Bersatu adalah Perikatan Nasional, sebahagian daripada kerajaan. Bagaimana ingin menyertai khemah besar? Tidak mungkin.” FMT
PAS jangan mimpi bentuk khemah besar – Guan Eng
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET