Kecewa Sering Dimalukan ‘Nak Murah Panggil Saya, Jangan Panggil Faizal Tahir’ – Adik [VIDEO]

Kecewa Sering Dimalukan ‘Nak Murah Panggil Saya, Jangan Panggil Faizal Tahir’ – Adik [VIDEO]

ADIK kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir, Anas Tahir meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ada segelintir pihak yang cuba memandang rendah serta meremehkan dirinya.

Anas Tahir atau nama penuhnya Anas Mohd Tahir, 38, mengaku dia berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.

“Saya rasa sudah-sudahlah asyik meremehkan saya jika saya pergi ke suatu acara majlis.

“Cukup-cukuplah asyik cakap, ‘Eh Faizal takde ke? Kalau Faizal takde, adik pun jadilah.



“Janganlah dekat majlis tu kalau saya dah datang mewakili abang saya, awak boleh pulak berucap dekat atas, ‘sebenarnya kita mengharapkan kehadiran Faizal, tapi ada adiknya pun takpe lah,” ujarnya.

Menerusi video yang dimuat naik di akuan TikTok miliknya, Anas turut menambah, ada juga yang menelefon dirinya dan mempersoalkan jumlah bayaran jika ingin menjemput Faizal Tahir sebagai tetamu undangan.

“Dia telefon pihak Faizal, lepas tu dia telefon saya pula mengadu mahalnya abang awak.

“Habis tu nak buat macam mana… sebab Faizal ada nama, ada crowd dia sendiri, bukan macam saya. Saya crowd pun tak ada.



“Saya cakap kalau nak mahal panggil Faizal, kalau nak murah panggil saya je. Lepas tu bila saya dah datang, dia malukan saya dekat situ pula,” katanya.

@aanastahirr

SAYA MINTA MAAF YANG TAK SETUJU DENGAN SAYA.INI SESI LUAHAN PERASAAN / CURHAT APA YANG TERBUKU SEKIAN LAMA.MINTA MAAF SEKALI LAGI #luahanhati #curhat #hahaha

♬ original sound – AnasTahir – AnasTahir



Anas turut menyatakan bahawa dia sedaya upaya cuba menjaga hati penganjur, namun menyedihkan bila dia menerima yang sebaliknya apabila asyik diperlekeh di majlis tersebut.

Anas berharap agar perkara ini tidak akan berulang kerana dikhuatiri akan mendatangkan salah faham dan menjadi punca pertelingkahan di antara dia dan Faizal.-GEMPAK

Kecewa Sering Dimalukan ‘Nak Murah Panggil Saya, Jangan Panggil Faizal Tahir’ – Adik [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker