PM tegaskan hukuman mati masih kekal, cuma bukan lagi mandatori

PM tegaskan hukuman mati masih kekal, cuma bukan lagi mandatori

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan hukuman mati tetap ada, namun bukan lagi mandatori bagi memberi pilihan kepada hakim menggunakan budi bicara masing-masing dalam mengenakan hukuman.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata, perkara itu bagi memberi peluang kepada hakim untuk menggunakan budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman.



Katanya, ini kerana setiap manuisa perlu diberi peluang kedua untuk hidup, maka hakim mempunyai dua pilihan sama ada menjatuhkan hukuman itu secara mandatori atau mengikut budi bicaranya.

“Kalau dia (hakim) rasakan orang itu memang penjenayah tegar, memang mengedar dadah yang menyebabkan beratus ribu orang mati, (maka) dia dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman mati.

“Tetapi kalau dia rasa dari segi budi bicaranya dia kata nak beri hukuman (penjara) seumur hidup dengan sebat sekali, jadi dia boleh pinda hukuman mandatori itu kepada hukuman yang lebih ringan,” jelas video itu, hari ini.

Kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah sebagai usaha menambah baik sistem keadilan jenayah negara.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu. Utusan

PM tegaskan hukuman mati masih kekal, cuma bukan lagi mandatori


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker