Tak wajar tuduh kerajaan tak cakna isu hak asasi manusia

Tak wajar tuduh kerajaan tak cakna isu hak asasi manusia

Tidak wajar menuduh kerajaan pimpinan Perdana Menteri sekarang tidak cakna dan kurang berminat kepada isu hak asasi manusia.

Pegawai khas kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, kenyataan beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin politik terhadap Perdana Menteri adalah tuduhan yang tidak berasas.



“Amat tidak wajar untuk menggunakan keperluan mematuhi prosedur lantikan ditetapkan untuk mendakwa kerajaan. Dakwaan bahawa Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak pernah berkata apa-apa tentang hak asasi manusia dan demokrasi sepanjang enam bulan lepas adalah lebih tidak betul.

“Adalah satu fakta bahawa demokrasi di Malaysia sedang berada pada tahap yang amat sihat sejak Ismail Sabri mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada 21 Ogos 2021.

“Ini terbukti bila Indeks Demokrasi 2021 yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) menempatkan Malaysia di tempat ke-39 daripada 167 buah negara dan wilayah di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan wakil rakyat pembangkang yang mendakwa kelewatan kerajaan melantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) jelas menunjukkan Putrajaya kurang minat dalam isu hak asasi manusia.



Mereka adalah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Lim Wei Jiet.

Jelas Kamarul Zaman lagi, sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, beliau telah melakukan banyak perkara bagi memperbaiki kedudukan demokrasi di negara ini.

Antaranya menyatakan semangat kerajaan untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

“Beliau menyatakan kerajaan komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa dengan Tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang meliputi Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18, pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dan keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,” jelasnya.



Selain itu, Ismail Sabri turut memastikan setiap Rang Undang-Undang (RUU) termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.

Malah ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan serta Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri. MG

Tak wajar tuduh kerajaan tak cakna isu hak asasi manusia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker