PM bangga Wai Ching kekal status nombor satu dunia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh pelari menara negara, Soh Wai Ching yang mengesahkan statusnya sebagai nombor satu dunia selepas mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat Sabtu lalu.

Menerusi catatan di Facebook miliknya, Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian Wai Ching dan berharap beliau terus mengekalkan momentum kejayaan.

“Jaguh lari menara negara kebanggaan kita kini mengesahkan statusnya sebagai nombor satu di dunia selepas mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.

“Keluarga Malaysia amat bangga dengan pencapaian Wai Ching dan berharap akan terus mengekalkan momentum kejayaan ini.

“Keluarga Malaysia… jadikan kejayaan yang telah diukir oleh ahli keluarga kita sebagai inspirasi untuk sama-sama membina kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” menurut perkongsian itu pada Jumaat.

Untuk rekod, atlet berusia 27 tahun itu memenangi acara pendakian 2,226 anak tangga dan 104 tingkat bangunan One World Trade Center dengan catatan 12 minit 46 saat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker