Disneyland mohon maaf pekerja ganggu lamaran di hadapan Istana Puteri Beradu

Kakitangan tersebut merampas kotak cincin tanpa sempat wanita berkenaan menyatakan persetujuannya. – Mirror UK

PARIS – Disneyland Paris mengeluarkan permohonan maaf susulan insiden seorang kakitangannya yang mengganggu proses lamaran sepasang kekasih di taman hiburan itu dengan cara merampas kotak cincin, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Berdasarkan sebuah klip video yang tular, sepasang kekasih berdiri di hadapan Istana Puteri Beradu di taman hiburan tersebut. Lelaki dikenali sebagai Ante itu kemudian melutut di hadapan kekasihnya dan  melamar wanita berkenaan.

Seorang petugas Disneyland secara tiba-tiba meluru ke arah mereka dan merampas kotak cincin tersebut serta mengarahkan kedua-duanya untuk turun dari pentas itu.

“Ia memang hebat namun mungkin anda berdua boleh melakukannya (lamaran) di sini,” kata kakitangan tersebut sambil menunjuk pada lokasi lain.



Video itu menjadi tular dan dikecam orang  ramai yang menganggap kakitangan tersebut  biadab  dan tidak berperikemanusiaan kerana memusnahkan momen indah lamaran ‘cinta cerita dongeng’.

“Kami menyesali apa yang telah berlaku. Kami juga telah meminta maaf kepada pasangan tersebut dan menawarkan mereka untuk memperbetulkan keadaan,” demikian menurut permohonan maaf Disneyland Paris.

Sementara itu, Ante berkata, dia sebelum itu telah meminta kebenaran seorang kakitangan lain untuk naik ke atas pentas bagi melamar kekasihnya.

Mereka bagaimanapun dihalang seorang lagi petugas sebelum diarah turun dari pentas dan menyebabkan dia keliru sama ada teman wanitanya telah menjawab ‘ya’ bagi lamaran tersebut.



Mereka kemudiannya pergi ke sebuah pantai berhampiran di mana Ante sekali lagi melamar teman wanitanya sebelum gadis itu menyatakan persetujuannya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker