Kenali Keturunan Dan Sahabat Rasulullah SAW Yang Mirip Dengan Baginda

Kenali Keturunan Dan Sahabat Rasulullah SAW Yang Mirip Dengan Baginda

RASULULLAH SAW adalah nabi terakhir yang diutuskan dengan misi menyempurnakan akhlak manusia. Disebabkan misi ini, sudah pasti Baginda adalah individu yang paling sempurna akhlaknya kerana Baginda adalah contoh terbaik.

Tidak hanya itu, fizikal Baginda Rasulullah SAW juga tampan dan mempunyai susuk tubuh yang sempurna. Baginda mempunyai bulu kening yang tebal seperti busur anak panah, bulu mata tebal, rambut berwarna hitam, dada yang lebar dan sebagainya.

Dr. ‘Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-‘Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:

1. Baginda SAW merupakan seorang manusia utusan Allah SWT.

2. Baginda SAW datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman.

3. Baginda SAW datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain.

4. Baginda SAW membina satu tamadun baharu di antara sekalian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.

5. Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi.

Rasulullah SAW mempunyai fizikal dan akhlak yang sempurna.

Terdapat sebilangan sahabat dan keturunan Nabi SAW yang rupa mereka mirip dengan Nabi SAW. Walaupun begitu, Rasulullah SAW merupakan manusia yang terbaik dan juga contoh yang mesti diikuti oleh setiap umatnya. Bahkan baginda memiliki akhlak yang mulia sebagaimana Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. [Surah al-Qalam: 4]

Syeikh Tahir Ibn Asyur dalam tafsirnya, al-Tahrir wa al-Tanwir berkata: “Sebagaimana Allah SWT menjadikan rasul-Nya di atas akhlak yang agung, dia juga menjadikan syariatnya supaya membawa manusia dengan akhlak yang agung dalam kemuncak ketaatan.

Dengan ini, bertambah jelaslah makna tamakkun yang membawa kepada huruf isti’la’, menggambarkan ketinggian pekerti serta nilai akhlak yang agung, yang dimiliki oleh Baginda SAW sehingga ia juga tamakkun dalam menyampaikan dakwah agamanya.”

Bahasa yang digunakan oleh Baginda SAW sendiri berkenaan dengan objektif kebangkitannya untuk menyempurnakan Makarim al-Akhlak.

Justeru, menyeru kepada akhlak yang mulia dan indah sudah pasti mewatakkan jiwanya dengan keluhuran budi dan kesantunan pekerti yang tinggi.

Siapakah antara para sahabat yang mirip dengan Nabi SAW?

1. Al-Hasan bin Ali RA

Beliau merupakan cucu Rasulullah SAW dan merupakan anak kepada Ali bin Abu Talib RA bersama Fatimah RA. Beliau merupakan adik beradik dengan Husain bin Ali. Hasan dilahirkan dua tahun setelah Hijrah ke Madinah.

Daripada Anas RA, katanya: Maksudnya: “Tidak ada seseorang pun yang lebih menyerupai dengan Nabi SAW berbanding al-Hasan bin Ali.” [Riwayat al-Bukhari]

2. Al-Husain Bin Ali RA

Beliau merupakan cucu Rasulullah SAW dan merupakan anak kepada Ali bin Abu Talib RA bersama Fatimah RA. Beliau merupakan adik beradik dengan al-Hasan bin Ali. Al-Husain dilahirkan empat tahun setelah Hijrah ke Madinah.

Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Maksudnya: “Kepala al-Husain A.S dibawakan kepada ‘Ubaidullah bin Ziyad (pemimpin Kufah yang berpihak kepada Yazid bin Mu‘awiyah). Lalu kepala itu diletakkan di atas sebuah talam (bekas). Dia mula menusuknya (di antara mata dengan hidung) serta mengatakan sesuatu tentang ketampanannya (dalam bentuk kejian).” Anas berkata: “Beliau (al-Husain) sangat mirip dengan Rasulullah SAW di antara kamu semua. rambutnya diwarna dengan wasmah.” [Riwayat al-Bukhari]

3. Jaafar bin Abi Talib RA

Beliau adalah Jaafar al-Tayyar, sepupu Rasulullah SAW dan adik beradik kepada Ali bin Abi Talib RA. Beliau syahid pada peperangan Mu’tah yang berlaku pada tahun ke 8 Hijrah.

Daripada Ali bin Abi Talib, bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Jaafar bin Abi Talib: Maksudnya: Kamu pula wahai Jaafar, menyerupai rupaku dan akhlakku. [Riwayat Abu Dawud]

Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

4. Mus’ab bin Umair RA

Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang kibar. Beliau diutuskan bersama dengan Abdullah ibn Umm Maktum ke Madinah sebelum berlakunya hijrah.

Di dalam peperangan Uhud yang berlaku pada tahun ketiga hijrah, diceritakan bahawa Mus’ab bin Umair RA memperlihatkan kecekalannya yang luar biasa mempertahankan diri Rasulullah SAW daripada serangan Ibn Qami’ah dan kuncu-kuncunya.

Pada hari peperangan Uhud tersebut, panji Islam berada di tangan Mus’ab RA, beliau telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin hingga terputus tangan kirinya, sekali lagi beliau mempertahankan bendera Islam itu daripada terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan lehernya.

Akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin, pembunuhnya ialah Ibn Qami’ah yang menyangka bahawa Mus’ab RA adalah Rasulullah SAW, kerana beliau hampir menyerupai Baginda SAW. Setelah itu, Ibn Qami’ah terus berlari menemui musyrikin yang lain berteriak: “Muhammad telah terbunuh”.

Kemiripan Fatimah RA dengan Rasulullah SAW

Manakala Fatimah Binti Muhammad RA merupakan anak Rasulullah SAW yang menyerupai baginda daripada sudut percakapan dan tutur kata sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, katanya:

Maksudnya: “Aku belum pernah melihat seseorang yang sangat mirip dengan Rasulullah dalam hal percakapan dan tutur kata melebihi Fatimah. Jika Fatimah datang menemui Rasulullah, maka Rasulullah berdiri menciumnya dan menyambutnya”. [Riwayat Abu Dawud]

Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda sebagai ikutan kita daripada segenap aspek.

Kenali Keturunan Dan Sahabat Rasulullah SAW Yang Mirip Dengan Baginda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker