Sikap tidak bertamadun: Rakyat Kelantan mohon maaf pada Mufti Perlis

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan dia mendapat maklum balas daripada ramai orang Kelantan selepas majlisnya di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu, malam kelmarin, diprovokasi sekumpulan individu.

Menurutnya, susulan kejadian itu masih ramai orang Kelantan menghubunginya dan menyatakan maaf serta dukacita atas kejadian itu.

“Alhamdulillah, majlis ramah mesra bersama saya, Dr Rozaimie Ramle dan Dato’ Dr Johari Mat juga mendapat sambutan yang sangat baik walaupun tiada majlis ucapan. Begitu ramai anak muda Kelantan yang datang. Semangat mereka luar biasa.

“Ada yang sebak, gembira dapat jumpa, ada yang kata nak pindah Perlis dan kebanyakan bagitahu mereka memang akan hadir ke Perkampungan Sunnah pada 17, 18 dan 19 Jun ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat Kelantan juga ramai yang hadir. Sehingga jamuan yang disediakan tidak mencukupi.

“Malangnya, setelah majlis dah selesai dan saya pun masuk ke dalam bersembang dengan beberapa orang tokoh masyarakat yang masih ada, ada gerombolan budak-budak muda yang sebahagian berpakaian ganjil, merokok dan menutup muka masuk ke kawasan persendirian tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan program forum yang ditukar kepada majlis ramah mesra bersama Mohd Asri dan Rozaimi yang juga rektor Kolej Universiti Islam Perlis itu diprovokasi oleh sekumpulan individu.

Majlis yang awalnya berjalan lancar itu kemudiannya dikunjungi sekumpulan individu yang bertindak melakukan demonstrasi.

Mohd Asri berkata, dia diberitahu mereka yang membuat kacau itu adalah geng bomoh, tarekat dan geng khurafat.

“Saya diberitahu mereka membuat kacau. Katanya itu geng bomoh, ada kata geng tarekat, ada kata geng khurafat. Allah Maha Mengetahui.

“Pun begitu, begitu ramai orang Kelantan mesej dan call saya mohon maaf dan dukacita atas kejadian itu. Mereka mengutuk perbuatan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut jelasnya, kehadirannya ke Kelantan itu sebagai tetamu tokoh perniagaan yang juga pemilik syarikat Ain Medicare, Wan Ariff Wan Hamzah.

“Di Kelantan, sejak dulu, saya amat berterima kasih, semua kedai makan yang saya pergi, tuan kedai enggan ambil duit. Walaupun saya pujuk sebab ramai bersama saya, mereka tetap berbesar hati ingin belanja. Semoga Allah menambah rezeki mereka.

“Orang Kelantan murah hati, banyak ole-ole diberikan kepada saya untuk dibawa pulang. Apa pun terima kasih kepada majoriti rakyat yang penuh budi, makanan yang sedap dan ramai yang cantik,” kata Mohd Asri.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker