Britain mula percubaan kerja empat hari seminggu, gaji penuh

Britain mula percubaan kerja empat hari seminggu, gaji penuh

LONDON – Lebih 3,300 pekerja daripada 70 syarikat di Britain mengambil bahagian dalam program perintis selama enam bulan untuk mengkaji manfaat bekerja empat hari seminggu, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Program tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, 4 Day Week Global bersama kumpulan pemikir, Autonomy dan pasukan penyelidik dari Universiti Cambridge, Universiti Oxford serta Kolej Boston.

Sepanjang kajian itu berlangsung, pasukan penyelidik akan mengukur produktiviti dan kese­jahteraan pekerja di samping tahap tekanan serta keletihan mereka.

Profesor sosiologi di Kolej Boston, Juliet Schor berkata, program itu menandakan hari bersejarah untuk pengurangan masa kerja di Britain.

“Masa yang sempurna (untuk kajian) selepas sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth. Sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Apabila ditanya sama ada pekerja terbabit perlu bekerja 40 jam seminggu seperti waktu bekerja lima hari, Schor berkata, mereka perlu mempunyai pengurangan waktu kerja yang ketara tanpa pemotongan gaji.

Program perintis itu menggunakan model pekerjaan 100:80:100 di mana pekerja menerima gaji 100 peratus untuk 80 peratus masa bekerja, namun masih mengekalkan 100 peratus produktiviti, lapor akhbar The Guardian.

“Apabila kita bangkit daripada pandemik (Covid-19), semakin banyak syarikat menyedari bahawa aspek baharu untuk persai­ngan adalah kualiti hidup pekerja dengan tawaran jam bekerja le­bih rendah di samping tum­puan kepada produktiviti menjadi me­kanisme untuk memberikan kelebihan dan menjadikan sesebuah syarikat lebih kompetitif.

“Kesan daripada trend peletakan jawatan besar-besaran yang berlaku membuktikan bahawa pekerja daripada pelbagai bidang industri boleh memberikan hasil lebih baik dengan be­kerja lebih singkat dan lebih bijak,” kata Ke­tua Pegawai Eksekutif 4 Day Week Global, Joe O’Connor kepada akhbar Independent.

Sebuah lagi badan pemikir Britain, Institut Hak Pekerjaan menyatakan, pihaknya akan menerbitkan penemuan menge­nai kajian pengurangan masa kerja tanpa memotong gaji.

Percubaan kerja empat hari seminggu itu juga akan bermula pada akhir tahun ini di Sepanyol dan Scotland. K Online

Britain mula percubaan kerja empat hari seminggu, gaji penuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker