Kedudukan Zuraida sebagai menteri kekal, isyarat buat Muhyiddin

Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri selepas keluar Bersatu, baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein ketika ditanya sama ada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob itu turut membincangkan soal kedudukan Zuraida sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

“Tidak dibincangkan,” kata Hishammuddin ringkas ketika sidang media sempena Majlis Pra Pelancaran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Auditorium Wisma Pertahanan.

Semalam, Zuraida berkata, beliau bersiap sedia bertemu Ismail minggu ini, bagi membincangkan kedudukannya dalam Jemaah Menteri selepas keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), baru-baru inii

Pada 1 Jun, Ismail berkata, Zuraida hanya keluar Bersatu, bukan berundur sebagai menteri susulan tuntutan parti itu mahukan jawatannya diisi calon baharu daripada Bersatu.

Ismail berkata, kedudukan Zuraida dalam Jemaah Menteri perlu dibincangkan antara mereka berdua terlebih dahulu.

Ini juga adalah isyarat buat Muhyiddin Yassin supaya tidak perlu mencatur atau memberi tekanan kepada PM bagi melantik orang tertentu untuk mengisi jawatan tersebut. Ini kerana pelantikan dan pengguguran menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri. Ini termaktub di bawah Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker