Yadim mahu India mohon maaf kerana hina Rasulullah

Yadim mahu India mohon maaf kerana hina Rasulullah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menggesa Kerajaan India memohon maaf ke atas umat Islam dan mengambil tindakan wajar kepada pihak yang menghina Rasulullah SAW.

Yadim menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya kesal di atas penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan sikap Islamophobia dipamerkan jurucakap parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP) baru-baru ini.



“Penghinaan ini telah mencabar sensitiviti umat Islam antarabangsa dan lebih-lebih lagi mengaitkan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam,” katanya.

Pada masa sama, katanya, umat Islam juga dinasihatkan supaya tidak membalas penghinaan itu dengan menghina pula agama mereka.

Jelasnya, hal ini adalah bersesuaian dengan prinsip yang digariskan dalam Islam.

“Bahkan dari sudut dakwah, hendaklah kita membalas tohmahan dan penghinaan tersebut dengan penuh ilmiah, fakta dan professional.



“Tambahan lagi, dunia kini yang mempunyai peradaban tidak sepatutnya berlaku penghinaan antara kaum, bangsa mahupun agama.

“Selayaknya sikap toleransi dan harmoni antara kaum dan agama perlu dipraktik demi mengekalkan perpaduan dan kemajuan sesebuah bangsa dan negara,” katanya.

Justeru, Yadim menyeru seluruh umat Islam di negara agar bersikap positif, saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak khususnya membabitkan penghinaan agama. Utusan

Yadim mahu India mohon maaf kerana hina Rasulullah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara



16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker