Ibu Adi Putra meninggal dunia

Ibu Adi Putra meninggal dunia

Ibu pelakon popular, Datuk Adi Putra, Noor Banoo Khan Mohd meninggal dunia jam 11.15 pagi tadi di sebuah hospital di Singapura.

Berkongsi khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram (IG), Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putra Halim, 42, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan ibunya sebelum ini.



Bagaimanapun, Adi tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai pemergian arwah ibunya itu.

“Assalamualaikum, duka cita saya ingin maklumkan bahawa bonda saya Noor Banoo Khan Mohd pulang ke rahmatullah jam 11.15 pagi. Terima kasih pada semua yang mendoakan.

“Jenazah bonda saya akan disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas Asar,” tulisnya.

Semalam, teraju utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi berita mengenai keadaan ibunya yang difahamkan sedang sakit.



Menerusi entri dalam IG, Adi memaklumkan dia mendapat perkhabaran mengenai keadaan kesihatan ibunya ketika berada di Tanah Suci.

“Hampir 2 bulan di Tanah Suci di Arab Saudi.

“Mendapat panggilan kritikal dari Singapura tentang keadaan ibu saya,” kongsinya.

Dalam hantaran itu, pelakon drama rantaian Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri memuat naik fotonya dalam keadaan sugul bersama ibunya di hospital. BH



Ibu Adi Putra meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Ajai tak campur perselisihan Nourul, Ayu



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker