Lagenda Bollywood, Dilip Kumar meninggal dunia
Lagenda Bollywood, Dilip Kumar meninggal dunia
PELAKON lagenda Bollywood, Dilip Kumar meninggal dunia di Mumbai ketika berusia 98 tahun, hari ini.
Kumar yang merupakan seorang daripada pelakon terawal dan terkenal India telah membintangi lebih 65 filem sejak lima dekad lalu dengan membawa pelbagai watak.
BBC melaporkan, aktor dikenali sebagai ‘Raja Tragedi Bollywood’ itu dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu selepas menjadi mengalami kesukaran bernafas. Kumar dilapor kerap mendapatkan rawatan kerana sakit kanser prostat.
Kumar dijaga oleh isterinya, Saira Banu yang juga bintang Bollywood. Pasangan itu bagaimanapun tidak mempunyai anak.
Ucapan takziah pemergian Kumar mula dimuatnaik di media sosial oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik, bintang Bollywood, termasuk pakar sejarah yang merakamkan ucapan takziah mereka.
Dilip Kumar dilahirkan sebagai Yusuf Khan pada Disember 1922 di Peshawar, kini wilayah Pakistan.
Seperti kebanyakan pelakon Muslim lain, Yusuf memilih nama Hindunya, Dilip Kumar apabila menyertai industri filem Hindi.
Kumar membuat penampilan pada 1944 menerusi filem Jwaar Bhata namun hanya menempa kemasyhuran menerusi filem Andaz yang dibintanginya pada 1949.
Penulis biografi Kumar, Lord Meghnad Desai membandingkannya dengan legenda Hollywood, Marlon Brando atau legenda Itali, Marcello Mastroianni.
“Dilip Kumar tidak boleh disangkal lagi adalah pelakon terbaik pernah dihasilkan pawagam India.Terdapat bintang-bintang malah ada yang lebih ‘besar’ darinya namun bukan sebagai pelakon.
“Beliau pelakon terbaik pada zamannya malah turut berjaya sebagai pelakon komedi,” katanya.
Beberapa filem dibintanginya, Mela, Naya Daur, Ganga Jumna, Devdas dan Mughal-e-Azam – mencapai tahap pecah panggung sehingga membolehkan Kumar memiliki peminat sendiri.
Beliau pernah memenangi Anugerah Dadasaheb Phalke pada 1994 dan Anugerah Padma Vibhushan pada 2015 sepanjang karier Bollywood.
Penglibatan terakhirnya dalam filem adalah pada 1998 menerusi filem Qila. Kumar akan dikebumikan pada pukul 5 petang hari ini. Utv
Lagenda Bollywood, Dilip Kumar meninggal dunia
Baca Artikel Menarik :
- Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal
- Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin
- Dini mahu beli rumah impian dengan Janna
- Wawa Zainal teruja anak akhirnya makan ayam
- Resepi Kari Ikan Senangin Utara
- Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi
Layari Laman Facebook MYKMU
Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman
You must be logged in to post a comment.