Penunggang motosikal luar negara ‘hentam’ Malaysia gagal baiki jalan [VIDEO]

Tangkap layar perkongsian @EppyFizul di laman Twitter mengenai video penunggang motosikal berkuasa tinggi dari luar negara ‘menghentam’ pihak bertanggungjawab yang gagal membaik pulih jalan berlubang di Malaysia.

SHAH ALAM – Tular sebuah video di media sosial mengenai seorang penunggang motosikal luar negara ‘menghentam’ pihak bertanggungjawab yang gagal membaik pulih jalan berlubang di negara ini.

Video berdurasi 49 saat itu dikongsi pemilik akaun Twitter @EppyFizul pada Isnin yang memetik perkongsian @landobrotherhood dari aplikasi TikTok.

“Macam tu je pihak yang bertanggungjawab kena ‘taruk’ dengan rider luar negara pasal tak reti jaga jalan raya di Malaysia,” ciapnya hingga menarik perhatian netizen.

Menerusi video berkenaan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya dipercayai melalui sebuah lebuh raya di Peru dan mendakwa jalan raya di negara itu dalam keadaan baik.



@landobrotherhood Santau Kelos bandingkan jalan Peru ngan Malaysia!Wa plenning bawak santau kelos ride kat sandakanKalau setuju tekan share(Tengok stiker kat moto ngan helmet ms88 dia)#BROTHERHOODWORLDWIDE#FOROURFALLENBROTHERS ♬ original sound – user7617680737514 – Lando Zawawi

“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.

“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik (sedangkan) tidak ramai orang datang ke sini.

“(Manakala) Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang (jalan raya), selamatkan rakyat anda,” kata penunggang luar negara itu.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib



Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker