Qabil hadiah emas kedua negara, tewaskan juara bertahan

Qabil hadiah emas kedua negara, tewaskan juara bertahan

Malaysia memperoleh emas kedua pada Sukan Asia Hangzhou menerusi jaguh ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil hari ini.

Bersama kudanya dikenali Rosenstolz, atlet berusia 43 tahun itu cemerlang mengatasi pemenang pingat emas 2018, Jacqueline Siu dari Hong Kong apabila mengumpul 75.780 mata dalam final di Pusat Ekuestrian Tonglu.



Jacqueline menghimpun 73.450 mata meraih pingat perak, manakala Anush Agarwalla dari India (73.030) memenangi pingat gangsa, menurut Berita Harian.

Qabil sebelum ini dilaporkan berkata, dia membuat keputusan untuk beralih semula ke Rosenstolz kerana dia merasakan kuda baharunya, Napoli masih belum bersedia untuk menggalas cabaran.

Dia yang berpangkalan di Aarhus, Denmark sebelum terbang ke China berlatih dan menyertai kejohanan dengan Napoli yang berusia 10 tahun tetapi bersama Rosenstolz yang berusia 17 tahun menyaksikan dia memenangi perak di Jakarta-Pelembang, lima tahun lalu.

Semalam, pelayar, Nur Shazrin Mohamad Latif menghadiahkan pingat emas pertama negara pada temasya itu dalam acara ILCA 6 wanita. FMT



Qabil hadiah emas kedua negara, tewaskan juara bertahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker