Pura-pura dirasuk hantu semasa jerut leher isteri

Pura-pura dirasuk hantu semasa jerut leher isteri

JAKARTA – Seorang lelaki berpura-pura dirasuk semasa cuba menjerut leher isterinya menggunakan seutas tali kerana berang wanita itu meminta cerai, lapor laman Sukabumiupdate, semalam.

Suspek bernama S dari Sukabumi, Jawa Barat itu dilaporkan naik angin selepas isterinya, SS, meminta cerai.



Menurut SS, sikap suspek yang terlampau cemburu buta membuatkan dia tidak tahan untuk terus hidup bersama.

Ketua Polis Sukabumi, Asisten Komisioner Dedy Darmawansyah mengesahkan motif penjenayah cuba menjerut isterinya adalah kerana tidak menerima permohonan cerai wanita itu.

“Ketika itu berlaku perbualan antara suspek dan mangsa. Tiba-tiba suspek menutup pintu rumah dan menguncinya sambil mengambil seutas tali lalu menghampiri mangsa dan cuba mencekik leher mangsa menggunakan tali tersebut.

“Mangsa ketika itu cuba menahan tindakan pelaku menggunakan kedua-dua belah tangan, namun suspek mengheret mangsa ke tengah rumah.



“Dia kemudian menghentikan perbuatannya dan berpura-pura tidak sedarkan diri seperti dirasuk agar mengsa menganggap perbuatan tersebut dilakukan secara tidak sedar,” jelas Dedy.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kesan lebam pada kelopak mata kiri dan kanan serta lebam pada lutut kaki kiri.

S didakwa dengan Perkara 351 Kanun Jenayah mengenai Penganiayaan dan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun. K Online

Pura-pura dirasuk hantu semasa jerut leher isteri




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker