Segerakan PRU-15, jangan tangguh lagi

DALAM Konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, saya mendengar Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh bertangguh lagi. Jika ditangguhkan, BN akan kalah seperti PRU14.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), beliau berkata: “Sekarang ini pembangkang dalam keadaan kucar-kacir. Jadi untuk BN, walaupun kita ada masalah, kita masih kukuh dan bersatu.”

Saya berfikir, meneliti dan menelaah dengan merenung terbit serta terbenamnya matahari di ufuk. Saya berpendapat dan bersetuju dengan apa yang dikatakan beliau itu adalah betul. Tidak boleh bertangguh lagi memandangkan keadaan yang kucar-kacir sekarang.

Rakyat perlukan negara atau kerajaan yang stabil. Bukan kerajaan yang tidak stabil, korup, tidak amanah, tidak jujur dan mudah runtuh disebabkan ada ahli-ahli politik yang suka menceburi sukan lompat katak.

Kerajaan tidak stabil menyebabkan negara tidak stabil. Seperti sekarang, walaupun nampaknya tenang-tenang sahaja tetapi boleh dirasai kesannya oleh rakyat jelata sekalian.

Apabila PRU15 diadakan secepat mungkin dan BN menang, negara akan stabil. Sudah semestinya masalah membelenggu negara dan rakyat jelata akan selesai dengan jayanya.

TIADA KLUSTER MAHKAMAH

Soal rasuah atau kluster mahkamah juga akan selesai. Tidak akan ada ahli-ahli politik yang akan dihadapkan ke mahkamah. Mereka yang memerintah ini adalah daripada kalangan orang yang jujur, warak dan beramal soleh.

Dengan kemenangan BN juga, masalah kejatuhan mata wang akan selesai. Mungkin mata wang kita akan mencanak naik semula seperti mencanaknya Menara Merdeka 118. Bak kata pepatah, angan-angan menerawang langit.

Selain itu, kemenangan BN akan menyelesaikan masalah rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga. Harga ayam, makanan ayam, barangan runcit dan lain-lain yang sentiasa tenggelam timbul sejak dahulu akan diatasi dengan jayanya.

Pada masa sama, rakyat yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik akan memperoleh pekerjaan semula. Mungkin dengan berkat BN, peluang atau tawaran kerja akan meningkat.

Pelabur akan melabur ke dalam negara, sekali gus mencipta peluang kerja kepada rakyat jelata. Tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mencari kerja seperti kata pepatah ‘siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata’.

BN juga mungkin akan mengekalkan dan menambah pemberian tunai seperti slogan yang dibawakan Najib iaitu Cash is King kepada rakyat. Ia akan mengurangkan lagi penderitaan rakyat jelata.

BN tahu rakyat jelata akan patah tulangnya jika bermulut manis. Dengan janji-janji dan pemberian manfaat khas untuk rakyat jelata ini, dengan mudahnya sokongan padu kepada BN diperoleh.

Kemenangan BN juga akan dapat meningkatkan lagi pendapatan negara, mungkin apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula. Hasil GST akan dipulangkan semula kepada rakyat melalui pembangunan atau bantuan tunai.

Kos sara hidup, peluang kerja, masalah kenaikan gaji, harga rumah mahal untuk dimiliki dan orang kaya bertambah kaya serta orang miskin bertambah miskin telah berpuluh tahun dihadapi dan berulang-ulang tanpa penyelesaian.

Hanya BN yang dapat menyelesaikan masalah kesempitan hidup rakyat jelata ini. BN akan sentiasa memberi perhatian dan menyelesaikan masalah yang telah melanda sejak dahulu tanpa penyelesaian.

Rakyat jelata hendaklah memilih dengan bijak. Jangan biar pisang berbuah dua kali. Walaupun selama ini telah berkali-kali pisang berbuah dengan rasa yang sama, kita rakyat jelata tetap hidup dengan rutin serupa sahaja.

BN sentiasa berjaya menyelesaikan masalah rakyat. Cuma rakyat sahaja yang sentiasa ditimpa masalah sama tanpa berkesudahan.

Berulang-ulang tanpa penyelesaian kerana ‘pesan tak berturuti, petaruh tak berhunyikan’.

Rakyat jelata diibaratkan seperti kata pepatah Melayu lama – Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan’.

Berhati-hatilah, kerana ada antaranya bagai lukah tak penuh air, sedangkan kita perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas.

* Faisal Muhamad ialah seorang jurutera kanan di sebuah syarikat lebuh raya dan amat meminati penulisan kreatif. Untuk berbual, e-mel beliau: [email protected]

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker