Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan – Amar

Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan – Amar

Sikap suka mensensasikan kes rogol dan sumbang mahram khususnya membabitkan Kelantan menjadi punca negeri itu menjadi “sohor”, kata timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, selain sikap warganet itu, laporan dibuat media juga dikatakan menambah kehangatan berhubung isu berkenaan.



“Kalau media tidak lapor, maka tiadalah isu ini. Kerajaan tidak nafi perkara ini, negeri lain mungkin kurang sebab tiada laporan.

“Saya lihat sikap netizen, bila isu Kelantan sahaja ia menjadi besar. Sedangkan masalah yang sama ada di tempat lain, seolah-olah di Kelantan mesti sempurna tiada salah dan silap. Itulah masalahnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Amar berkata, kerajaan negeri tidak pernah lari dalam isu tersebut malah sentiasa berusaha untuk mengatasinya.

Katanya, kerajaan negeri menjadikan “Membangun Bersama Islam” sebagai dasar utama dalam memberikan kefahaman berkait agama kepada masyarakat.



“Disebabkan dunia ketika ini terbuka semua bahan yang boleh mengundang kepada perbuatan tersebut mudah untuk dilayari.

“Bagi saya tidak wajar meletakkan kesalahan ini di bahu kerajaan semata-mata. Masing-masing ada tanggungjawab, sebagai orang Islam kita perlu hidup dengan ajaran agama yang sempurna,” katanya. FMT

Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan – Amar

Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN

  • Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
  • PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
  • Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
  • Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
  • Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
  • Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
  • Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
  • 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
  • Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
  • Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
  • Layari Laman Facebook MYKMU.NET




    Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

    Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



    Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

    Related Articles

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker