Ismail seru rakyat depani cabaran sebagai sebuah keluarga

Ismail seru rakyat depani cabaran sebagai sebuah keluarga

KONSEP Keluarga Malaysia yang diperkenalkan bertujuan mengajak seluruh rakyat mengenepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat dapat menggembleng tenaga dalam mendepani apa sahaja cabaran yang mendatang sebagai sebuah keluarga yang saling melengkapi antara satu sama lain.



Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu itu bersifat inklusif yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum dengan menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Apabila kita semua mempunyai titik persamaan ianya akan menyatupadukan rakyat dalam mencapai kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik.

“Kesejahteraan dan kestabilan inilah yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat negeri Terengganu di Kuala Nerus, hari ini.

Jelajah AKM itu merupakan yang keempat diadakan selepas Johor, Perlis dan Sabah.



Ismail Sabri turut berharap aspek Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran dalam masyarakat majmuk Keluarga Malaysia ini terus diamalkan tanpa mengira sentimen agama dan bangsa.

“Ibarat kata pujangga ‘Keluarga tak selalu bererti saudara sedarah, tetapi sering kali merupakan gambaran dari suatu komuniti, organisasi atau bangsa’,” kata beliau.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, menyedari pentingnya pendidikan kepada masa depan keluarga Malaysia, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM5.034 bilion bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Malaysia bawah
Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tahun ini.

Katanya, bagi Terengganu, terdapat 79 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM914.79 juta.



“Daripada jumlah ini, sebanyak 42 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 19 projek berstatus prabina.

“Bagi projek menaik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif, sebanyak 26 projek telah diluluskan dalam tempoh 2017-2022 dengan kos sebanyak RM60.93 juta.

“Sebanyak 21 projek telah siap manakala baki sebanyak lima projek dalam peringkat prabina,” kata beliau. E9

Ismail seru rakyat depani cabaran sebagai sebuah keluarga




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker