Pemandu diserang sawan rempuh 9 kenderaan


Sepuluh kenderaan dirempuh pemandu yang diserang sawan menyebabkan enam mangsa cedera ringan, termasuk seorang pemandu Perodua Kenari wanita mengalami patah hidung. (Gambar PDRM)

MELAKA: Seorang wanita yang patah hidungnya merupakan antara enam yang cedera dalam nahas melibatkan 10 kenderaan dirempuh pemandu yang diserang sawan, ketika menunggu lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Amran@Mohamad Zaki Omar berkata insiden pada 9.14 malam itu berlaku, ketika semua mangsa sedang menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya.

Katanya siasatan awal mendapati ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, sebuah BMW dipandu lelaki berusia 38 tahun yang turut berhenti, tiba-tiba diserang sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaannya meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapannya.



“Pemandu berkenaan kemudian sekali lagi diserang penyakit itu, menyebabkan berlaku rempuhan kedua,” katanya dihubungi, hari ini.

Akibat insiden tersebut sembilan kenderaan lain dirempuh serta menyebabkan enam mangsa, iaitu pemandu dan penumpang berusia antara 20 hingga 73 tahun cedera ringan, termasuk pemandu Perodua Kenari wanita berusia 20 tahun mengalami patah hidung.

“Semua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker