Tiada Jalan Kembali Ke Hollywood Untuk Pelakon Amber Heard – Pakar Perhubungan Awam
Tiada Jalan Kembali Ke Hollywood Untuk Pelakon Amber Heard – Pakar Perhubungan Awam
PELAKON Amber Heard berdepan risiko kemusnahan kerjaya dan kewangan selepas kalah dalam kes saman fitnah ke atas bekas suaminya, pelakon Johnny Depp, yang menyebabkan dia kerugian AS$8.35 juta (RM36.6 juta).
Pakar perhubungan awam berpendapat ‘tiada jalan kembali untuk Heard di Hollywood’ sambil menambah bahawa perbicaraan dramatik di mahkamah selama enam minggu itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kerjayanya dan situasi kewangannya, termasuk kemungkinan hilang pendapatan sehingga AS$50 juta (RM219 juta).
Heard juga kini mungkin bergelut untuk melangsaikan pelbagai komitmen kewangan, termasuk kepada kumpulan aktivis seperti American Civil Liberties Union (ACLU).
Ganti rugi yang terpaksa dibayar Heard juga mungkin memaksanya untuk menjual aset, termasuk ‘rumah persembunyian’ bernilai AS$570,000 (RM2.5 juta) di Lembah Yucca, dan Range Rover yang diperoleh selepas perceraian dengan Depp.
Peguam Sandra Spurgeon mencadangkan satu kemungkinan yang boleh diharapkan Heard ialah Depp mengetepikan bayaran ganti rugi atau merundingkan jumlah yang lebih rendah.
“Semua bergantung kepada Depp. Bagi individu yang tidak mempunyai keupayaan untuk membayar kos dan tiada keupayaan untuk menghantar bon, maka terdapat isu jika pihak yang menang berhasrat untuk meneruskan penghakiman,” katanya kepada CBS MoneyWatch.
“Tidak ada jalan kembali untuk Heard di Hollywood. Jika anda membuat filem atau sedang merancang untuk membuat filem itu, adakah anda akan mengambilnya berlakon?
“Lihat saja bantahan besar-besaran terhadap Aquaman 2 (di mana petisyen untuk menyingkirkan Heard kini sudah mencapai 4 juta). Perbicaraan itu mencemarkan strategi pemasaran atau PR untuk melancarkan filem,” kata pakar perhubungan awam, Mark Borkowski.
Heard berasal dari keluarga Kristian konservatif dari Texas yang mempunyai kekayaan sederhana. Pada usia 17 tahun, dia berhenti sekolah untuk memulakan kerjaya peragaan di New York, sebelum beralih ke bidang lakonan di Los Angeles.
Nilai kekayaan bersih yang dimiliki Heard tidak dapat dipastikan, namun Fox Business melaporkannya sebagai AS$8 juta (RM35 juta).
Kewangan Heard dipersoalkan selepas dia membuat beberapa tuntutan untuk menyokong gaya hidupnya, selepas perceraian dengan pelakon Pirates of the Carribean itu.
Antaranya, dia meminta ‘penggunaan dan pemilikan eksklusif’ Range Rover hitam yang dipandunya, dan Depp dilaporkan masih membuat pembayaran untuk kenderaan itu.
Selepas enam minggu perbicaraan, Mahkamah Circuit di Fairfax Country pada Khamis memutuskan pelakon Depp dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).-AA
Tiada Jalan Kembali Ke Hollywood Untuk Pelakon Amber Heard – Pakar Perhubungan Awam
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi