Pekerja Kilang Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda

Pekerja Kilang Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda

BENTONG: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda di Kilometer 4, Jalan Bentong menghala Raub pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, mangsa, Muhammad Nor Izad Abdul Karim, 22, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bentong.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, hasil siasatan polis mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki tempatan berusia 65 tahun dalam perjalanan dari arah Raub menghala Bentong.

“Dipercayai kenderaan itu telah masuk ke laluan bertentangan dan telah melanggar motosikal tersebut.

“Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan direman selama tujuh hari bermula Khamis sehingga 8 Jun ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zaiham juga memohon kerjasama mana-mana pihak untuk tampil membantu siasatan.-AA

Pekerja Kilang Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker