Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir

Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir

Dr Mahathir Mohamad enggan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar pada hari ini.

Ini kerana katanya, dua pemimpin berkenaan – Anwar dan Muhyiddin – mempunyai agenda menjaga kepentingan sendiri tanpa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Iya, kalau boleh, adakan khemah besar, pasal negara kita ini menghadapi banyak masalah, terutamanya orang Melayu, orang Melayu banyak masalah.

“Tetapi kita kena cari orang yang lurus, tidak boleh kalau ada orang masuk politik nak cari duit apa semua. Sorrylah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Ditanya mengapa presiden PKR dan presiden Bersatu itu dianggap “tidak lurus”, bekas perdana menteri itu berkata: “Tak lurus. Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri. Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan.”

Beliau turut mengulangi kekesalannya berhubung kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 yang didakwanya susulan kesilapan Anwar, sekali gus memberi laluan kepada Umno dan BN kembali mendominasi kerajaan sekarang.

“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi perdana menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli Parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa,” kata ahli Parlimen Langkawi itu.

“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, sebarang perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama khemah besar belum dibuat dengan mana-mana pihak.

Namun jelasnya, terdapat beberapa parti politik yang kini sedang diteliti untuk dilihat asas perjuangannya sama ada selari dengan Pejuang atau sebaliknya.

“Tidak ada, tiada mana-mana ahli politik yang menghubungi saya, mungkin melalui orang Bersatu, adalah.

“Cuma, ada dua, tiga parti yang kita dalam kajian, kita tak berani buat keputusan lagi,” katanya. FMT

Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker