Nenek sanggup ambil risiko panjat perigi demi air [VIDEO]

.

NEW DELHI: Sebuah video tular menunjukkan seorang nenek mengambil risiko dengan memanjat dinding perigi untuk mengambil air di negeri Madhya Pradesh.

Video tersebut menunjukkan wanita itu turun ke perigi tanpa tali.

Difahamkan, penduduk di Kampung Ghusiya terpaksa mengambil tindakan ekstrem selepas perigi kering kontang akibat cuaca panas.

Beberapa kawasan lain di India juga turut mengalami krisis air yang sama.

Laporan global 2019 menyenaraikan India antara 17 negara yang mengalami masalah air yang kronik.

Antara negeri yang terjejas teruk adalah Madhya Pradesh, Punjab, Rajasthan, Uttar Pradesh, Gujarat, Uttarakhand dan Haryana.

Di Madhya Pradesh, masalah air kerap berlaku setiap musim panas.

Kerajaan negeri berjanji akan menyalurkan bekalan air kepada setiap kampung pada 2024.

Bagaimanapun, air minuman masih belum dapat diakses sepenuhnya kepada jutaan penduduk.-BBC

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker