Identiti Wanita Dibunuh, Dibakar Dikenal Pasti

Identiti Wanita Dibunuh, Dibakar Dikenal Pasti

IPOH: Mayat wanita tanpa identiti yang dipercayai dibunuh dan dibakar di tepi Sungai Kuala Kangsar dekat Kampung Talang pada Selasa telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pengesahan identiti mangsa berusia 21 tahun itu, susulan pengecaman dilakukan seorang lelaki yang mendakwa adik kepada wanita terbabit.

Menurutnya, lelaki berusia 19 tahun itu telah hadir ke Balai Polis Kuala Kangsar pada jam 2.45 petang untuk membuat laporan mengenai kakaknya yang tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Stesen sejak Selasa.

“Berdasarkan laporan itu, lelaki terbabit memberitahu ada menghubungi kakaknya, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab.

“Lelaki itu mengecam mangsa sebagai kakaknya berdasarkan selipar yang digunakan selain subang hidung yang dipakai di sebelah kanan, penyepit rambut dan pengecaman wajah yang hampir sama,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, polis akan menunggu laporan bedah siasat dijalankan pakar forensik di Hospital Kuala Kangsar bagi tujuan pengesahan.

Katanya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga akan dilakukan dengan mengambil sampel darah bapa wanita terbabit bagi pengesahan tepat identiti.

“Kita juga akan membuat pemadanan gigi si mati dengan rekod pergigian kerana dimaklumkan mangsa ada membuat pemeriksaan di klinik pergigian di Kuala Kangsar.

“Buat masa sekarang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif mangsa dibunuh dan dibakar di kawasan berkenaan,” katanya.

Mayat dengan kesan luka di kepala itu dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum dijumpai orang awam dalam keadaan terbakar di tepi sungai berkenaan sekitar jam 3.05 petang pada Selasa.-SH

Identiti Wanita Dibunuh, Dibakar Dikenal Pasti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker