Johnny Depp Menang Saman Fitnah AS$15 Juta Terhadap Bekas Isteri Amber Heard

Johnny Depp Menang Saman Fitnah AS$15 Juta Terhadap Bekas Isteri Amber Heard

New York: Juri di sebuah mahkamah di Fairfax, Virginia, pada Rabu mendapati aktres Amber Heard membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.

Juri turut memerintahkan Heard membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta).



Bagaimanapun, mahkamah memutuskan jumlah itu dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan selama enam minggu itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah kepada Depp.

Selain itu, juri mendapati ia ditulis dengan niat jahat.

Ia berhubung satu kenyataan Waldman kepada akhbar Daily Mail bahawa dakwaan Heard mengenai penderaan itu adalah satu penipuan.



Depp, 58, mengemukakan saman fitnah menuntut tidak kurang AS$50 juta (kira-kira RM219 juta) terhadap Heard yang didakwa memfitnahnya apabila bekas isterinya itu dalam satu artikel akhbar mendakwa dia adalah ‘figura awam mewakili keganasan rumahtangga’.

Heard, 36, yang pernah membintangi filem aksi Aquaman pula mengemukakan tuntutan balas menuntut AS$100 juta (kira-kira RM439 juta), dengan mendakwa Depp mencemarkan reputasinya.



Kedua-duanya bertemu pada 2011 ketika berlakon filem The Rum Diary sebelum berkahwin pada Februari 2015.

Bagaimanapun, pasangan itu disahkan berpisah dan penyelesaian perceraian dimuktamadkan dua tahun kemudian.

Depp yang juga pelakon filem fantasi Pirates of the Caribbean memfailkan saman itu di Fairfax County, Virginia, kerana artikel yang didakwanya mengandungi fitnah berkenaan diterbitkan Washington Post, yang dicetak di situ.-HM

Johnny Depp Menang Saman Fitnah AS$15 Juta Terhadap Bekas Isteri Amber Heard



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker