Pekilang sokong GST 2.0, sarankan kadar hanya 4 peratus

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyokong cadangan supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang baru-baru ini dibayangkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaksanakan semula.

Dalam satu kenyataan, FMM berkata, kajian yang dijalankannya mendapati 499 syarikat “menyokong kuat” GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan semasa.

Malah, FMM mencadangkan kadar GST sebanyak empat peratus, dengan alasan bahawa kadar tersebut adalah kondusif. Kali pertama GST diperkenalkan pada 2015 pada kadar enam peratus.

“GST menyediakan struktur cukai yang lebih adil dan ia menghapuskan pelataran dan pengkompaunan cukai yang lazimya terkandung dalam rejim SST.

“Tambahan pula, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih kompetitif di peringkat global kerana tiada GST akan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dieksport, manakala GST yang dikenakan semasa pengeluaran boleh ditampung di sepanjang rantaian bekalan.

“Selain itu, kerana asas sistem cukai yang meluas ini akan meningkatkan cukai tidak langsung, ia memberi kelonggaran kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai langsung (cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat) untuk menjadikan Malaysia destinasi perniagaan yang lebih menarik,” kata FMM.

Cukai korporat, kata FMM, perlu dikurangkan kepada 20 peratus, turun daripada 24 peratus, sebaik sahaja GST dilaksanakan.

Meskipun menukar semula kepada sistem GST tidak sukar, kerana ia pernah dilaksanakan sebelum ini, namun FMM berkata, kerajaan harus melibatkan pihak berkepentingan terlebih dahulu dan membenarkan tempoh peralihan selama enam bulan.

Cabaran utama, kata FMM, adalah untuk meminimumkan kelewatan dalam proses bayaran balik, terutamanya untuk pengeksport dan perniagaan dengan bekalan berkadar sifar.

“Tempoh bayaran balik yang panjang antara enam hingga lapan bulan (yang dialami sebelum ini) menyebabkan GST menjadi beban cukai terkumpul,” kata FMM.

FMM juga mencadangkan penarafan sifar ke atas semua barangan dan perkhidmatan penting sambil mengekalkan pendaftaran sistem GST sebelum ini hanya kepada syarikat yang urusniaganya melebihi RM500,000.

GST diperkenalkan oleh pentadbiran Najib Razak pada 2015. Ia amat tidak popular dan dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad pada 2018.

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker