Jiran mengadu anak autistik bising, keluarga Iman terpaksa berpindah

Jiran mengadu anak autistik bising, keluarga Iman terpaksa berpindah

“Buat jiran kiri dan kanan kami di Temasya Suria… kami tahu apa anda lakukan (membuat aduan) dan kamu orang yang bagaimana.

“Tetapi jangan risau, hasrat anda akan menjadi kenyataan. Anda berjaya membuatkan tuan rumah untuk tidak memperbaharui sewa rumah kami,” luah Iman Wan Tuck Meng dalam catatan di Facebook, hari ini.



Iman yang dikenali menerusi Adam’s Autism Family bagi rujukan buat ibu bapa mempunyai anak istimewa, memberi reaksi itu selepas tidak menyangka kehadiran mereka di kawasan kediaman di Shah Alam itu tidak disenangi jiran tetangga.

Harian Metro difahamkan, ada jiran yang kurang senang dengan kehadiran Iman sekeluarga di taman perumahan itu kerana mendakwa anaknya, Adam Wan Mun Yu, 20, kerap membuat bising.

Adam disahkan menghidap ‘spektrum autisme’ (ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan serta hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya itu, Iman berkata, mereka sekeluarga akan berpindah keluar dari taman perumahan itu hujung bulan ini dan tidak akan mengganggu mereka lagi.



“Mohon maaf untuk semua ketidakselesaan yang ditimbulkan.

“Semoga anda mendapat ketenangan dan kehidupan yang baik selepas ini,” katanya.

Ibarat tiada rasa empati, kurangnya kefahaman mengenai tanggungjawab menjaga anak autistik menyebabkan situasi itu berlaku, selain bapa Adam juga menyifatkan remaja berkenaan bukanlah jenis yang membuat bising setiap hari.

Sejak anaknya menderitai autisme, Iman membesarkan anak autistiknya itu bagai menatang minyak yang penuh.



Hidup mereka sekeluarga juga berubah apabila menjadikan rutin hidup Adam sebagai paparan serta catatan di media sosial sebagai perkongsian bermanfaat kepada orang lain. HM

Jiran mengadu anak autistik bising, keluarga Iman terpaksa berpindah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker