Amber Heard Lahirkan Kekecewaan Kalah Kes Saman Johnny Depp

Amber Heard Lahirkan Kekecewaan Kalah Kes Saman Johnny Depp

Bekas isteri kepada pelakon Hollywood, Johny Depp, 58, iaitu Amber Heard, 36, melahirkan perasaan kecewa selepas gagal memfailkan tuntutan saman berjumlah AS$100 juta (RM437.8 juta) hari ini.

Heard yang juga pelakon filem Aquaman menzahirkan kekecewaan itu menerusi satu hantaran di laman Twitternya hari ini dengan menyifatkan kekecewaan dialaminya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

“Kekecewaan dialami saya hari ini melebihi segalanya. Saya patah hati walaupun dengan bukti yang kukuh tetapi masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang, pengaruh daripada bekas suami.



“Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum,” ciapnya.

Heard juga percaya bahawa pihak peguam bela bekas suaminya berjaya menyebabkan barisan hakim terlepas pandang mengenai konsep kebebasan bersuara seterusnya menghiraukan bukti kukuh mengenai kemenangan mereka di United Kingdom.

“Saya kecewa sebab kalah kes ini, tetapi lebih menyedihkan kerana saya kehilangan hak sebagai rakyat Amerika iaitu untuk bersuara secara bebas,” ujarnya.

https://twitter.com/realamberheard/status/1532083776741842945



Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter terus menyokong keputusan mahkamah dengan menyifatkan Depp layak untuk memenangi tuntutan saman tersebut.

“Jujurnya kecewa dengan kenyataan Amber Heard selepas gagal kes di mahkamah. Dia menunjukkan tiada rasa rendah hati dalam kekalahan,” kata Kailawood17.

“Awak ada peluang untuk bercakap Amber, tetapi awak berkata secara tidak munasabah,” kata Maybewaqyu.

“Kemenangan buat Johny Depp, jangan pertikai keputusan mahkamah. Tolong cermin diri Amber,” kata Kelly23



Amber Heard Lahirkan Kekecewaan Kalah Kes Saman Johnny Depp

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker