Menteri tegur tabiat syarikat suka tunda penerbangan
Menteri tegur tabiat syarikat suka tunda penerbangan
Isu penundaan penerbangan hanya dapat diterima sekiranya membabitkan faktor cuaca sahaja, bukannya dari sudut kejuruteraan atau penyelenggaraan, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.
Katanya, beliau sendiri melihat kelewatan penerbangan yang agak “luar biasa” dan perkara berkenaan tidak boleh dijadikan budaya atau tabiat.
“Saya minta syarikat penerbangan ini jangan ambil mudah tentang kelewatan. Sekiranya sebab teknikal, kita tidak bertolak ansur, kita tak kompromi. Kalau dari segi ‘engineering’, sesuatu alat ganti belum lagi siap atau faktor penyenggaraan, kita tak benarkan.
“Faktor cuaca, ya … ini memang kita faham kerana di luar kawalan. Tapi sebab mereka boleh mengatur dari awal sampai penerbangan akhir, dari permulaan pun sudah lewat, akhirnya semua lewat,” katanya menurut laporan Awani.
Wee juga mahu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menangani isu penundaan penerbangan itu dengan teliti.
Beliau turut menegur “tabiat” syarikat penerbangan tertentu yang sering menunda jadual penerbangan.
“Ada syarikat penerbangan saya nampak kelewatan agak luar biasa. Itu perlu kita ambil tindakan cepat. Sepatutnya (pihak) pengurusan perlu beritahu kepada pengguna lebih awal dan sistem penjadualan perlu dilihat semula.
“Saya tidak mahu orang anggap itu budaya kita. ‘Because punctuality is very important’. Kena jaga dan lindungi pengguna,” katanya lagi.
Semalam, Mavcom dalam kenyataannya berkata, AirAsia mengendalikan 2,954 penerbangan dengan 13% atau 368 penerbangan tertunda melebihi satu jam. Ini diikuti Malaysia Airlines yang mengendalikan 1,447 penerbangan dan mencatatkan 3% atau 44 penerbangan tertunda.
“Selain itu, MASwings mengendalikan 656 penerbangan dengan 10% atau 64 penerbangan tertunda, manakala penerbangan Firefly turut tertunda sebanyak 2% atau 15 penerbangan daripada 680 penerbangan dikendalikan,” katanya.
Katanya, Batik Air (sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air) yang mengendalikan 555 penerbangan mencatatkan 1% atau empat penerbangan tertunda.
Semua statistik yang dikeluarkan adalah berdasarkan tempoh perjalanan ketika Aidilfitri baru-baru ini. FMT
Menteri tegur tabiat syarikat suka tunda penerbangan
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.