Jangan bagi telur ayam macam PH, galas reformasi jika mahu menang 2/3, Azalina seru BN
Jangan bagi telur ayam macam PH, galas reformasi jika mahu menang 2/3, Azalina seru BN
Barisan Nasional (BN) perlu berani menggalas agenda reformasi jika ia bersungguh mahu memenangi 2/3 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu meramalkan BN sekadar mampu menawan antara 90 hingga 100 kerusi sahaja jika gabungan itu tidak menetapkan minda sekarang untuk membawa agenda reformasi.
“Kita nak (sekurang-kurangnya) 148 kerusi Parlimen, iaitu 2/3. Kalau kita masuk dengan ‘apa yang BN ada’, kita tak mungkin akan dapat 148 … kita mungkin maksimum dapat 90-100 kerusi sahaja,” katanya kepada perwakilan BN sempena konvensyen ulang tahun gabungan itu yang ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Beliau mengingatkan perwakilan bahawa BN tidak boleh berpuas hati dengan 100 kerusi.
“Katakan 90 kerusi, kita perlukan lagi 50 lebih kerusi. Jadi tetapkan minda kita untuk PRU15 – kena bersedia agenda reformasi.”
Azalina menyeru perwakilan agar mengambil iktibar daripada pengalaman Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.
“Kita tak boleh jadi macam ‘puak sebelah tu’. Dia jadi kerajaan 22 bulan, dia bagi ‘telur ayam’ kepada rakyat. Kita kena kotakan kata,” katanya.
Seiring dengan agenda reformasi, Azalina berkata, BN mesti pastikan akta anti-lompat parti yang sepatutnya dibentangkan Julai ini diluluskan dan dikuatkuasakan sebelum PRU15.
“Siapa yang tinggalkan kita, silakan tapi kerusi itu milik kita,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dalam ucapannya menyeru gabungan itu tampil dengan imej yang bersifat revolusi, mengagumkan, bersungguh-sungguh dan ada harapan.
Seruan itu bertujuan menangkis persepsi korupsi dan kebejatan moral yang dianggap sinonim dengan BN, malah gabungan itu dilihat tidak memukau imaginasi rakyat.
“Kita mesti mengubah persepsi yang toksik ini. Sangat penting untuk kita menampilkan BN yang bersifat sezaman, segar dan kalis masa depan,” katanya.
“Kita mesti mengungkapkan semula BN ini sebagai ‘sebuah idea’ bukan sekadar sebuah perikatan politik.” FMT
Jangan bagi telur ayam macam PH, galas reformasi jika mahu menang 2/3, Azalina seru BN
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.