Pemilihan Timbalan Presiden PKR: Rafizi titik Saifuddin di 7 negeri

Rafizi Ramli mendahului pencabarnya, Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan pusat parti itu.

Ketika berita ini ditulis, Rafizi mendahului dengan 52,133 undi berbanding Saifuddin yang memperolehi 40,657 undi, berdasarkan undi yang dikira di tujuh negeri iaitu Selangor, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan.

Terdapat sebanyak 6,826 undi ragu yang dikemukan namun masih tidak mencukupi untuk mengubah keputusan buat masa ini.



Undi ragu ialah undi yang memerlukan pengesahan lanjut oleh jawatankuasa pemilihan PKR sebelum ia boleh disahkan.

Rafizi yang tewas di Selangor pada pemilihan parti itu pada 2008, kini menguasai negeri berkenaan.

Selangor merupakan negeri yang mempunyai ahli PKR yang berdaftar sebagai pengundi tertinggi dalam parti itu.

Di Selangor, Rafizi menang dengan memperoleh 25,449 undi berbanding Saifuddin yang memperolehi 22,101 undi, walaupun bekas setiausaha agung PKR itu bersekutu dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.



Di Sabah, Saifuddin menang sebanyak 8,585 undi berbanding Rafizi yang mendapat 6,814 undi.

Selain Selangor, Rafizi menang di lima negeri lain.

Di Negeri Sembilan, Rafizi memperolehi 5,522 undi berbanding Saifuddin yang mendapat 2,559 undi. Manakala di Melaka, Rafizi mengenepikan pencabarnya itu dengan 2,427 undi berbanding 1,464 undi diperolehi Saifuddin. Di Johor, Rafizi mendapat 3,967 undi berbanding Saifuddin yang memperolehi 1,117 undi.

Rafizi turut menang Kelantan dan Kedah dengan memperolehi 3,107 undi dan 4,847 undi berbanding Saifuddin yang memperoleh 2,107 undi dan 2,724 undi di dua negeri berkenaan.



Dalam perebutan jawatan naib presiden, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mendahului dengan 43,050 undi diikuti Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad (28,071 undi), Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang (27,118 undi), dan menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (26,291 undi).

Amirudin mendapat sokongan padu daripada pengundi PKR di Selangor walaupun pernah berada dalam kes Azmin Ali yang kemudian meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu.

Sebanyak 26,373 daripada 43,050 undi yang diperolehi Amirudin adalah dari Selangor, yang memberinya peluang besar untuk memenangi jawatan naib presiden.

Amirudin dilihat bersama dengan kem Saifuddin manakala Nik Nazmi, Chang dan Aminuddin dilihat menyokong kem Rafizi.



Pemilihan PKR menyaksikan beberapa kejutan apabila beberapa muka lama tewas.

Di Melaka, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin memperoleh 379 undi dan tewas kepada oleh Mod Rafee Ibrahim yang mendapat 488 undi bagi jawatanketua cabang.

Di Kedah, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul (464 undi) kalah kepada Ooi Tze Min (567 undi) dalam pertandingan merebut ketua cabang.

Sementara itu, muka baru dalam PKR, Maszlee Malik dijangka menang sebagai ketua cabang PKR Simpang Renggam.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker