Pemilihan PKR 2022: Amirudin Menang Di Gombak, Shamsul Iskandar Kalah Di Hang Tuah Jaya

Pemilihan PKR 2022: Amirudin Menang Di Gombak, Shamsul Iskandar Kalah Di Hang Tuah Jaya

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menang merebut jawatan ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gombak mengalahkan pencabarnya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, pada Pemilihan PKR 2022.

Keputusan yang dipaparkan di laman web Pemilihan PKR, menunjukkan Amirudin memperolehi 1,858 undi manakala Farhash mendapat 1,215 selepas proses pemilihan selesai.

Sementara itu, dua selebriti yang mencuba nasib di Ampang, Datuk Gerald Hans Isaac dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet tewas dalam usaha mereka merebut jawatan ketua cabang.

Kedua-duanya tewas kepada Daing Muhammd Reduan Bachok yang mendapat 942 undi, dengan Hans dan Altimet masing-masing memperolehi 609 dan 589 undi.



Bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli pula mengekalkan kedudukan sebagai ketua cabang PKR Pandan dengan memperolehi 548 undi mengalahkan Mohamad Rashidi Hassan (373) dan Adnan Jaaffar (121).

Dalam pada itu, dua Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Datuk Johari Abdul tewas dalam usaha mereka merebut jawatan ketua cabang.

Shamsul yang mendapat 379 undi tewas kepada Mohd Rafee Ibrahim yang memperolehi 488 undi di cabang Hang Tuah Jaya, manakala Johari gagal merebut jawatan ketua cabang Sungai Petani selepas mendapat 464 undi berbanding pencabarnya, Ooi Tse Min yang mendapat 567 undi.

Di cabang Alor Gajah, Datuk Ginie Lim yang sebelum ini digugurkan daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, berjaya menewaskan pesaingnya Ahmad Abdul Wahid untuk jawatan ketua cabang.



Ginie memperolehi 594 undi manakala Ahmad 445 undi.

Di cabang Damansara, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan Elizabeth Wong menang jawatan ketua cabang dengan memperolehi 1,089 undi menewaskan Ahmad Nekhan yang mendapat 505 undi.-AA

Pemilihan PKR 2022: Amirudin Menang Di Gombak, Shamsul Iskandar Kalah Di Hang Tuah Jaya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker