Bekas Pengulas Sukan RTM Dan TV3 Jalil Mat Dom Kini Uzur Setelah 2 Kali Diserang Angin Ahmar

Bekas Pengulas Sukan RTM Dan TV3 Jalil Mat Dom Kini Uzur Setelah 2 Kali Diserang Angin Ahmar

AMPANG: Bekas penyampai dan pengulas sukan di RTM dan TV3, Jalil Mat Dom kini terlantar keuzuran dan sukar untuk bergerak seperti sedia kala selepas diserang angin ahmar.

Ketika ditemui di kediamannya di Pangsapuri PKNS di sini keadaan sosok yang pernah popular dalam dunia pengacaraan sukan tanah air sekitar 90-an itu cukup berbeza.



Jelasnya kali pertama dia diserang angin ahmar adalah pada 2015 sebelum mengalaminya buat kali kedua tahun lalu.

Ia menyebabkan Jalil tidak lagi mampu bangun dan berjalan seperti sebelumnya selepas serangan tersebut.

Malangnya keadaan itu bertambah buruk dan lebih sukar buatnya apabila tulang pinggulnya pula patah selepas terjatuh di rumahnya baru-baru ini.

“Keadaan lebih sukar bila saya terjatuh baru-baru ini ketika cuba berjalan menggunakan tongkat di rumah. Lepas tulang pinggul patah ni memang tak bergeraklah melainkan terpaksa guna kerusi roda untuk ke mana-mana,” katanya yang kini sudah mencecah usia 61 tahun.

Jalil yang mengakui masih merindukan dunia sukan tanah air bagaimanapun reda dengan segala ujian yang ditakdirkan buatnya ketika ini dan menganggapnya ada hikmah tersendiri.



Jalil kini dijaga sepenuhnya oleh ahli keluarga dalam menguruskan segala keperluan hariannya ketika ini selain turut mendapatkan rawatan susulan di pusat perubatan berhampiran kediamannya.

Nasib yang menimpa anak kelahiran Perak itu turut mendapat perhatian Persatuan Penyiar Muda Malaysia yang mengambil inisiatif mengunjunginya.

Menurut Presidennya Ahmad Faisal Md Piah, keadaan dan kesukaran Jalil yang juga merupakan rakan seperjuangan dalam industri penyiaran ketika ini cukup menginsafkan.



Jelasnya, mengenali Jalil ketika di era 90-an merupakan seorang yang sangat ceria, aktif dan ramah menyebabkan rakan taulan dan orang sekelilingnya sangat menyenanginya.

Malah katanya, Jalil juga bukan sahaja hanya penyampai sukan malah seorang editor dan guru yang baik kepada rakan-rakan yang lain.

“Malah dia juga seorang rakan sangat perihatin dan mengambil berat pada kawan-kawan. Dia seorang yang pemurah dan tidak lokek bantu orang.

“Hari ni kita cubalah bantu mana yang mampu untuk ringankan sedikit bebanan beliau untuk tampung sedikit sebanyak mana yang boleh,” katanya yang memberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan keperluan harian ketika berkunjung di kediaman Jalil baru-baru ini.-AA



Bekas Pengulas Sukan RTM Dan TV3 Jalil Mat Dom Kini Uzur Setelah 2 Kali Diserang Angin Ahmar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker