Lelaki ugut rogol anak PM Thai dipenjara 5 tahun

BANGKOK – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun tanpa parol selepas memuat naik komen di laman Twitter berbaur ugutan rogol terhadap anak kembar perempuan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, lapor laman berita Thaiger  semalam.

Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan mendapati lelaki itu bersalah kerana mengugut melakukan jenayah dan melanggar Akta Jenayah Komputer berhubung kenyataannya yang disiarkan pada Mac tahun lalu.

Pada Mac 2021, lelaki bernama Wuttichai itu menulis ciapan di akaun Twitternya berbunyi: “Jika sesiapa menjumpai anak perempuan Prayut di mana-mana, jangan lupa untuk merogol mereka.”

PM Prayut memfailkan kes terhadap penulis ciapan itu di Balai Polis Nang Loeng,  Bangkok pada 23 Mac tahun lepas kerana melanggar kedua-dua Akta Jenayah Komputer dan Seksyen 85 Kanun Keseksaan Thailand mengenai Menerbitkan Jenayah.

Pada mulanya, Wuttichai memberitahu polis bahawa  akaun Twitter miliknya dia digodam dan ciapan itu bukan hasil tulisannya.

Bagaimanapun, apabila polis menggeledah kediaman Wuttichai dan memeriksa peranti komputer ribanya, mereka tidak menemui bukti bahawa dia telah digodam.

Wuttichai akhirnya mengaku melakukan jenayah itu dan mahkamah menjatuhkan hukuman selepas lebih setahun ciapan itu disiarkan.

Pada mulanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara  7.5 tahun tetapi memandangkan ini adalah kesalahan jenyahanya yang pertama, pihak berkuasa bersetuju mengurangkan hukuman Wuttichai sebanyak 2.5 tahun. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker