Lelaki ugut rogol anak PM Thai dipenjara 5 tahun
BANGKOK – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun tanpa parol selepas memuat naik komen di laman Twitter berbaur ugutan rogol terhadap anak kembar perempuan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan mendapati lelaki itu bersalah kerana mengugut melakukan jenayah dan melanggar Akta Jenayah Komputer berhubung kenyataannya yang disiarkan pada Mac tahun lalu.
Pada Mac 2021, lelaki bernama Wuttichai itu menulis ciapan di akaun Twitternya berbunyi: “Jika sesiapa menjumpai anak perempuan Prayut di mana-mana, jangan lupa untuk merogol mereka.”
PM Prayut memfailkan kes terhadap penulis ciapan itu di Balai Polis Nang Loeng, Bangkok pada 23 Mac tahun lepas kerana melanggar kedua-dua Akta Jenayah Komputer dan Seksyen 85 Kanun Keseksaan Thailand mengenai Menerbitkan Jenayah.
Pada mulanya, Wuttichai memberitahu polis bahawa akaun Twitter miliknya dia digodam dan ciapan itu bukan hasil tulisannya.
Bagaimanapun, apabila polis menggeledah kediaman Wuttichai dan memeriksa peranti komputer ribanya, mereka tidak menemui bukti bahawa dia telah digodam.
Wuttichai akhirnya mengaku melakukan jenayah itu dan mahkamah menjatuhkan hukuman selepas lebih setahun ciapan itu disiarkan.
Pada mulanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 7.5 tahun tetapi memandangkan ini adalah kesalahan jenyahanya yang pertama, pihak berkuasa bersetuju mengurangkan hukuman Wuttichai sebanyak 2.5 tahun. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah
Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening