‘Yang Pertama, Dia Parti Lain’ Hak Zuraida Tukar Parti – Abdul Hadi

‘Yang Pertama, Dia Parti Lain’ Hak Zuraida Tukar Parti – Abdul Hadi

Tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin membuat keputusan dengan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) merupakan hak Ahli Parlimen Ampang itu sendiri.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, seseorang individu itu dibenarkan untuk menyertai mana-mana parti politik malah boleh menubuhkan parti politik.

Malah ujarnya ketika ini Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat parti juga masih belum diluluskan.

“Yang pertama, dia parti lain, terpulang kepada dia dan Malaysia ini negara demokrasi. Undang-undang antilompat parti pun belum lagi diluluskan.

“Negara demokrasi daripada prinsipnya seseorang itu dia boleh hendak pergi mana-mana parti, nak tubuh parti pun dibolehkan. Kalau cukup syarat, terpulang pada RoS, kebebasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kedudukan Zuraida dalam Kabinet perlu dikekalkan atau diganti, Abdul Hadi memberitahu ia bergantung kepada perbincangan antara parti dalam kerajaan.

Katanya, ini kerana secara dasarnya, lantikan sebagai anggota Kabinet adalah lebih kepada mewakili sesuatu parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Pada Khamis, Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk menyertai PBM.

Ahli Parlimen Ampang itu dilaporkan berkata, beliau memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.-AA

‘Yang Pertama, Dia Parti Lain’ Hak Zuraida Tukar Parti – Abdul Hadi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker