Ismail Sabri, Kishida bertemu eratkan hubungan dua hala
Ismail Sabri, Kishida bertemu eratkan hubungan dua hala
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bagi membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan Malaysia-Jepun yang sekian lama terjalin, di Pejabat Perdana Menteri Jepun, hari ini.
Ini merupakan pertemuan bersemuka pertama antara Ismail Sabri dan Kishida, untuk kedua-dua pemimpin berkenaan mengadakan perbincangan dua hala, sejak menerajui kerajaan masing-masing pada 2021.
Ismail Sabri dan Kishida sebelum ini pernah mengadakan sidang Jepun-Malaysia melalui panggilan telefon pada 20 April lepas, yang menyaksikan kedua-dua pemimpin menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
Ini juga merupakan kali pertama Kishida menjadi hos kepada Perdana Menteri Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun pada Oktober tahun lepas.
Pertemuan itu adalah bersempena lawatan kerja rasmi Ismail Sabri ke Jepun, yang menyaksikan Perdana Menteri turut mengambil bahagian dalam Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia, yang merupakan perhimpunan tahunan pemimpin politik, ekonomi dan industri dari rantau Asia Pasifik; di samping bertemu tokoh perniagaan dan korporat di Jepun bagi menarik pelaburan ke Malaysia.
Ia merupakan lawatan kerja rasmi pertama Ismail Sabri ke Jepun semenjak beliau memegang jawatan perdana menteri pada Ogos 2021.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur yang telah memberi sumbangan besar dalam pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun. Utv
Ismail Sabri, Kishida bertemu eratkan hubungan dua hala
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?
You must be logged in to post a comment.