Rafidah bidas KSN kuat kuasa bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam



Rafidah bidas KSN kuat kuasa bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam

Rafidah Aziz membidas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali kerana menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan itu.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) itu berkata, kecekapan penjawat awam dalam bahasa Inggeris akan menjadi pemacu utama dalam menarik pelaburan tinggi negara.

Rafidah berkata, ketika menjawat jawatan menteri, beliau meminta semua komunikasi dilakukan dalam bahasa Inggeris, bagi memastikan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan mereka.

“Setiap tahun, sektor swasta beri penghormatan kepada Miti dengan anugerah perusahaan. Komunikasi dipermudahkan dan berkesan.




“Visi dan rujukan (Miti) ialah ‘Malaysia dalam infrastruktur serantau dan global’. Bukan Malaysia ‘syok sendiri’,” kata Rafidah yang menambah perkara ini harus dilihat secara mendalam.

Pada 24 Mei lalu, Zuki dilapor menggesa JPA meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu.

Kata Zuki, tindakan korektif dan punitif, selain teguran berdasarkan audit bahasa itu bukan bertujuan menakut-nakutkan, sebaliknya bagi memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dicabul penggunaannya sewenang-wenangnya.

Selain itu, Zuki berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat jaminan kerajaan (CLBG), hendaklah memastikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sentiasa diperteguhkan.

Sementara itu, Rafidah berkata penjawat awam perlu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa lain yang berkaitan, sambil menambah beliau kasihan melihat pegawai Miti termasuk penjawat awam yang perlu berurusan dengan masyarakat asing.




Tambahnya lagi, jika tidak melengkapkan anak muda dengan kemahiran bahasa dan komunikasi berkesan hanya akan merugikan negara.

“Kita harus maju dan bergerak ke hadapan, bukan mundur ke belakang dan ke bawah,” katanya.

Kumpulan G25 terdiri daripada bekas pegawai tinggi awam turut mengkritik Zuki dan menyatakan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa sejagat masyarakat antarabangsa serta keperluan bahasa itu kepada Malaysia. FMT

Rafidah bidas KSN kuat kuasa bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening



Leave a Reply

Your email address will not be published.