‘Saya Fobia Sudah Dipanggil Katak’- Adun Kuamut

‘Saya Fobia Sudah Dipanggil Katak’- Adun Kuamut

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah belum menentukan lagi hala tuju untuk menyertai mana-mana parti politik di negeri ini.

Beliau yang juga ADUN Bebas berkata, dia kini sedang mengambil pendekatan untuk melihat situasi politik semasa, namun dalam masa sama menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



“Setakat ini biar saya bertenang dulu. Saya mengambil pendekatan untuk ‘cermin-cermin’ dulu, ‘teropong-teropong’ dulu keadaan politik ini.
“Tetapi untuk kerajaan negeri kita sokong kerajaan GRS dan kita sokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Rakan Media, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hala tujunya yang ketika ini masih menyandang status ADUN Bebas sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Diminta mengulas mengenai pelawaan daripada parti lain, beliau mengakui ada banyak parti yang menawarkan beliau dengan pelbagai imbuhan.

“Pelawaan itu memang ramai. Banyak daripada pelbagai parti ada, ada yang menyediakan jawatan-jawatan dalam parti, ada juga yang tawarkan Timbalan Presiden, ada juga Naib Presiden.

“Banyak tawaran tetapi itu yang saya katakan, berikan saya sedikit masa lagi untuk kita membaca politik yang sebenarnya.

“Sebab saya seperti fobia sudah kena panggil ‘katak’. Nanti masuk sana, keluar nanti percaturan politik lagi, keluar lagi, (dipanggil) katak lagi,” katanya.



Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menyifatkan bahawa politik sebagai dinamik.

“Dalam politik tidak ada yang statik, tidak ada musuh selama-lamanya dan tidak ada kawan selama-lamanya.

“Ia dinamik sesuai dengan peredaran masa dan sesuai dengan suasana politik semasa,” katanya.-SH

‘Saya Fobia Sudah Dipanggil Katak’- Adun Kuamut



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker