PM Ucap Tahniah Pada Cikgu Khalifa

PM Ucap Tahniah Pada Cikgu Khalifa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Khalifa Affnan, guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah yang dipilih sebagai pemenang global bagi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

Ismail Sabri menerusi satu hantaran di Facebook berkata, seluruh Keluarga Malaysia berbangga dengan kejayaan beliau yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang perguruan di peringkat antarabangsa.

“Saya juga difahamkan bahawa Cikgu Khalifa adalah guru pertama di rantau ini yang dinobatkan anugerah tersebut.

“Pencapaian beliau dalam mencetuskan satu projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) ini perlu dijadikan penyuntik semangat Keluarga Malaysia lain untuk berusaha keras menempa kejayaan dalam bidang masing-masing,” katanya hari ini.

Terdahulu, Khalifa Affnan telah melakar sejarah negara apabila muncul guru Malaysia pertama terpilih merangkul anugerah berkenaan dan juga terdahulu di peringkat serantau, atas pencapaiannya dalam mencetuskan satu projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Khalifa Affnan dinobatkan sebagai pemenang selepas berjaya menewaskan 7,000 peserta lain dari 113 negara.

PM Ucap Tahniah Pada Cikgu Khalifa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker