Kereta Penyanyi Tajul Berpusing 3 Kali Sebelum Terbabas, Tiba-tiba Terbayang Arwah Achik Spin

Kereta Penyanyi Tajul Berpusing 3 Kali Sebelum Terbabas, Tiba-tiba Terbayang Arwah Achik Spin

Penyanyi dan pelakon, Tajul yang terbabit dalam kemalangan kelmarin, bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

MALANG tidak berbau, penyanyi Tajul Ariff berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan garagara mengelak lopak air.
Berkongsi lanjut, Tajul, 24, berkata, kereta jenis BMW miliknya berpusing sebanyak tiga kali sebelum merempuh pembahagi jalan di sekitar kawasan Tapah, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Rabu.



“Ketika itu hujan lebat dan saya tidak nampak ada lopak air di atas jalan. Apabila dekat baru perasan dan saya cuba mengelak. Disebabkan itu saya gagal mengawal kereta dan berpusing di atas jalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Mujur saya tidak langgar lori yang betul-betul dekat dengan saya ketika itu. Kalau terlanggar mungkin akan jadi lebih teruk.

“Syukur tiada sebarang kecederaan. Memang terkejut selepas kejadian. Saya ambil masa berehat seketika di tepi jalan sebelum berfikir untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar



Kejadian yang berlaku juga membuatkan Tajul teringatkan akan arwah abangnya iaitu penyanyi Achik Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2010.

Tajul juga memberitahu dalam keadaan kereta sedang laju berpusing, dia sempat berfikir akan segala keburukan yang berlaku dan reda dengan apa sebarang kemungkinan.

“Takut juga apabila berlaku kejadian sebegini kerana abang saya dahulu meninggal dunia akibat kemalangan. Saya berdoa tidak terjadi sama seperti arwah



“Ketika kereta sedang berpusing, saya sempat berfikir ke manalah hala tuju akhirnya saya terhumban atau terbabas. Hanya berserah sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Tajul berkongsi keadaan dia selamat dan kereta yang dipandu itu mengalami kerosakan pada bahagian depan dan belakang

Untuk rekod, abang Tajul iaitu vokalis kumpulan Spin, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang Seremban pada 18 April 2010.

Allahyarham yang ketika itu berusia 27 tahun tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaannya yang terbabas selepas melanggar papan tanda-mSTAR



Kereta Penyanyi Tajul Berpusing 3 Kali Sebelum Terbabas, Tiba-tiba Terbayang Arwah Achik Spin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker