Tindakan Zuraida Letak Jawatan Tidak Jejas Kerajaan Kedah – Menteri Besar
Tindakan Zuraida Letak Jawatan Tidak Jejas Kerajaan Kedah – Menteri Besar
Tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak akan menjejaskan pentadbiran atau mengubah kerajaan negeri Kedah.
Sebaliknya, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang akan terkesan dengan keputusan dibuat Ahli Parlimen Ampang itu ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Hub E-Dagang di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu, Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail menzahirkan keyakinan bahawa kesemua enam ADUN Bersatu akan menyokong kepimpinan Menteri Besar Kedah ketika ini.
Beliau turut mengesahkan bahawa tiada sebarang gerakan daripada ADUN-ADUN di pihak kerajaan untuk menarik sokongam atau menyeberang ke parti pembangkang.
“Jadi yang enam Bersatu ini, saya yakin dan percaya akan kekal bersama kerajaan dan (ADUN) UMNO masih kekal kerajaan, jadi saya tak nampak sebarang gerakan ataupun dengar sebarang gerakan dalam kalangan ahli yang sebelah kerajaan akan menyeberang mana-mana.
“Saya penuh yakin kerajaan yang ada di Kedah ini akan (kekal) sampai pilihan raya akan datang,” kata Dr Ku Abdul Rahman.
Terdahulu, Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Ampang itu turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Untuk rekod, kerajaan Negeri Kedah pimpinan Sanusi ketika ini memiliki 23 kerusi DUN dengan PAS mempunyai kerusi tertinggi iaitu 15 kerusi diikuti Bersatu (6 kerusi) dan Barisan Nasional (dua kerusi).
Pakatan Harapan pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (5 kerusi), Parti Amanah Negara (4 kerusi) dan DAP (2) sementara dua lagi kerusi dimiliki Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).-AA
Tindakan Zuraida Letak Jawatan Tidak Jejas Kerajaan Kedah – Menteri Besar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?