Rakyat tidak percaya pembangkang kerana tidak konsisten



PETALING JAYA: Pembangkang mesti konsisten jika mahu menjadi kumpulan yang “berupaya, boleh dipercayai dan dihormati”, kata seorang penganalisis politik.

Perkara itu termasuk mengelak daripada membuat janji tidak realistik, kata Wong Chin Huat di Facebooknya.

Pakatan Harapan (PH) katanya, harus berhenti menggambarkan diri mereka sebagai orang suci, atau menggambarkan pesaing mereka iaitu Barisan Nasional (BN) sebagai sampah supaya pengundi hanya boleh mempercayai gabungan pembangkang untuk “menyelamatkan Malaysia”.

Wong juga mengingatkan PH supaya bersaing “secara terhormat” melawan BN dan parti pembangkang lain pada pilihan raya umum ke-15.

Beliau berkata, ini kerana pembangkang mungkin perlu bergabung tenaga dengan pihak lain untuk membentuk kerajaan seterusnya.




“Jika serangan kamu terhadap lawan melampaui batas, dan kemudian kamu mahu ‘bercium dan bersolek’ untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya, kamu akan kelihatan benar-benar hipokrit,” katanya ketika mencadangkan cara boleh dilakukan PH untuk meningkatkan peluang mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Wong juga menasihatkan PH supaya mengemukakan cadangan dasar yang serius jika ia mahu membezakan dirinya berbanding lawan.

Beliau memberi amaran, tiada dasar boleh memuaskan hati semua pengundi, dan mencadangkan PH perlu mengemukakan dasar awam yang memanfaatkan kebanyakan pengundi.

Dengan berbuat demikian, ia boleh berkompromi mengenai dasar konsesi apabila ia menjadi sebahagian daripada kerajaan akan datang tanpa melihatnya sebagai gabungan tidak berprinsip, yang berbeza jika ia berkempen berdasarkan prinsip moral, kata Wong.

“Tiada satu pun di atas adalah sains roket. PRU15 bukan satu kesimpulan yang boleh disangkal sekiranya ahli politik pembangkang boleh mengenal pasti perubahan dalam politik kita.”




PH baru-baru ini mengalami beberapa siri kekalahan pada pilihan raya negeri (PRN) di Sarawak, Johor dan Melaka.

Bulan lalu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata PH perlu realistik mengenai peluang gabungan itu pada PRU akan datang, sambil menambah lebih baik bagi gabungan itu kekal sebagai pembangkang “bermaruah”.

Ahli Parlimen Permatang Pauh daripada PKR Nurul Izzah Anwar berkata PH memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi atau dua kali PRU sebelum ia boleh merampas semula kerajaan persekutuan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Leave a Reply

Your email address will not be published.